Utama Microsoft Microsoft dijangka menambah Kekunci Khas Copilot untuk Papan Kekunci Windows

Microsoft dijangka menambah Kekunci Khas Copilot untuk Papan Kekunci Windows

345
0

Microsoft sedang gigih menjayakan Copilot sejak kebelakangan ini dengan menjenamakan semula Bing Chat serta memperkenalkannya pada Windows 10 selain turut memperkenalkannya sebagai aplikasi Android dan iOS. Tidak cukup dengan itu, kecerdasan buatan (AI) bergeneratif Copilot berkenaan juga akan hadir dengan kekunci khas baharu untuknya akan diperkenalkan pada papan kekunci PC Windows 11.

Setakat ini tidak dinyatakan dengan jelas di manakah kekunci baharu Copilot ini akan ditempatkan. Namun berdasarkan video yang dikongsikan, ia dilihat akan menggantikan kekunci menu. Pun begitu, tidak semua papan kekunci di pasaran pada hari ini mempunyai kekunci menu tersebut.

Microsoft menyatakan pengguna dijangka akan mula melihat kekunci Copilot berkenaan pada PC Windows 11 baharu dari rakan kongsi ekosistemnya bermula hujung Februari nanti.

Cuma PC yang mempunyai kekunci Copilot ini tidak mempunyai sebarang ciri khas dan jika ciri AI bergeneratif tersebut tidak dihidupkan, ia mungkin digunakan untuk membuka Windows Search. Tapi, bukan ke benda yang sama juga dah ada pada kekunci Windows?

Setakat ini ciri khusus kekunci berkenaan masih lagi belum diperincikan secara spesifik atau boleh digunakan bersama-sama kekunci pintas yang lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.