Pasaran peranti pintar boleh lipat di Malaysia kini menyaksikan penguasaan kukuh oleh HONOR, dengan rekod menunjukkan satu daripada tiga telefon pintar boleh lipat yang terjual secara tempatan adalah keluaran jenama tersebut. Pencapaian ini meletakkan HONOR sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna peranti segmen premium di negara ini.
Menurut data pengguna dalaman syarikat, wujud peningkatan jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang telah beralih daripada jenama mercu terkemuka kepada siri peranti boleh lipat HONOR.
Peralihan ini sebahagian besarnya didorong oleh lima faktor utama: nilai untuk wang yang berbaloi, ketahanan peranti, jangka hayat bateri yang panjang, reka bentuk boleh lipat yang inovatif, serta jaminan perlindungan tanpa bimbang yang komprehensif daripada HONOR.
Kedudukan pasaran HONOR membuktikan pengguna Malaysia tidak perlu berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan teknologi terkemuka dalam kategori ini. HONOR Magic V6 menawarkan inovasi tahap tinggi yang berteraskan nilai sebenar berbanding hanya mengenakan harga premium atas jenama semata-mata.
HONOR Magic V6: Mentakrifkan Semula Standard Peranti Boleh Lipat
Direka untuk melepasi jangkaan pengguna, peranti terbaharu HONOR Magic V6 ini menonjol melalui beberapa kekuatan utama dari segi spesifikasi dan teknologinya:
Kecemerlangan dalam Ketahanan dan Perlindungan
HONOR Magic V6 dibina secara kejuruteraan dengan Engsel Keluli Super (Super Steel Hinge) yang sangat teguh. Ia dinilai dengan kekuatan tegangan 2,800MPa, membolehkannya menahan tekanan melampau tanpa kompromi, malah mampu untuk menunda sebuah pesawat.
Peranti ini juga merupakan yang pertama dalam segmennya menggabungkan rintangan air dan debu pada tahap IP68 dan IP69, sekaligus membolehkan prestasi yang boleh diharap dalam pelbagai persekitaran harian yang mencabar.
Perlindungan paparan luaran diperkukuhkan lagi melalui HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang menawarkan daya rintangan calar dan jatuhan pelbagai lapisan.
Kapasiti Bateri Terbesar dan Pengecasan Pantas
Peranti ini dijana oleh sel bateri silikon-karbon berkapasiti 6,660mAh, iaitu saiz bateri yang terbesar pernah dipadankan di dalam sebuah telefon pintar boleh lipat.
Bateri ini turut disokong oleh pengecasan pantas berwayar 80W dan pengecasan pantas nirwayar 66W. Justeru memberikan fleksibiliti menyeluruh kepada pengguna yang bergantung harap kepada telefon boleh lipat sepanjang hari.
Lensa Kamera Telefoto Terbesar pada Peranti Boleh Lipat
Dalam menetapkan penanda aras baharu bagi sistem kamera peranti boleh lipat, HONOR Magic V6 menempatkan sebuah Kamera Telefoto 64MP berserta sistem penstabilan imej CIPA 6.5.
Tetapan kamera canggih ini membolehkan tangkapan zum yang tajam dan beresolusi tinggi, di samping mengekalkan kejelasan optik walaupun ketika digunakan dalam persekitaran yang kurang cahaya.
Paparan Ultra Terang dan Mesra Mata
Peranti ini mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 6,000 nits pada skrin luaran, manakala skrin dalaman mencatatkan bacaan 5,000 nits demi memastikan kebolehbacaan optimum di bawah cahaya matahari.
Kedua-dua panel skrin menyokong teknologi pemalapan (dimming) PWM 4,320Hz tanpa risiko bagi mengurangkan ketegangan mata ketika penggunaan berpanjangan. Teknologi mesra mata ini dilengkapkan lagi dengan salutan anti-pantulan termaju yang berfungsi merendahkan silau permukaan serendah 1.5 peratus.
Produktiviti Merentas Ekosistem Tahap PC
Direka untuk memaksimumkan utiliti skrin besar, HONOR Magic V6 membawakan perisian Fast Flex dan Multi-Flex yang memberikan pengalaman berbilang tugasan dan tetingkap pelbagai yang sangat intuitif seumpama penggunaan PC.
Fungsi HONOR Share juga telah dipertingkat, merapatkan jurang antara ekosistem untuk membolehkan pemindahan fail terus dan penyegerakan merentas platform dengan lebih mudah bersama peranti iPhone dan peranti Mac.
Nilai Mercu Tanpa Kompromi dan Perlindungan Komprehensif
HONOR Magic V6 memberikan inovasi generasi akan datang pada harga permulaan yang lebih berpatutan iaitu RM 7,699. Setiap pembelian peranti ini juga didatangkan dengan pakej perlindungan yang komprehensif.
Perlindungan ini menampilkan Perlindungan Retak Tanpa Bimbang (Worry-Free Crack Protection) selama 1 Tahun dan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang (Worry-Free Quality Assurance) selama 2 Tahun, memberikan ketenangan minda jangka panjang kepada semua pemiliknya.













