Microsoft Word masih lagi menjadi pilihan ramai pengguna yang ingin menaip dengan komputer walaupun kita hari ini dihujani dengan pelbagai alternatif lain yang setara seperti Google Docs dan lain-lain. Oleh itu, tentunya ramai dikalangan kita sudah terbiasa menggunakannya untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan produktiviti.
Walaubagaimanapun, tidak semua pengguna yang biasa menggunakan Microsoft Word tahu tentang tips dan tricks dalam mempercepatkan tugasan menaip mereka. Antara tips dan tricks mempercepatkan tugasan adalah melalui penggunaan kekunci pintas (keyboard shortcuts).
Terdapat banyak kekunci-kekunci pintas yang boleh digunakan untuk mempermudahkan tugasan-tugasan pengguna. Bagaimanapun, tidak semua kekunci-kekunci pintas ini mampu diingati oleh kita semua. Justeru, di dalam panduan ini disenaraikan sebahagian kekunci-kekunci pintas khusus untuk anda.
Berikut adalah sebahagian kekunci pintas yang boleh digunakan pada mana-mana versi Microsoft Word:
Isi Kandungan
Kekunci Pintas Microsoft Word untuk Kegunaan Am:
Terdapat banyak kekunci-kekunci pintas untuk kegunaan AM disediakan di dalam perisian penyunting perkataan ini dari menyimpan dokumen hinggalah ke meminda kesilapan.
- Ctrl+N: Membuka dokumen baru
- Ctrl+O: Membuka dokumen sedia ada
- Ctrl+S: Menyimpan (save) dokumen
- F12: Membuka kotak dialog ‘Save As’
- Ctrl+W: Menutup dokumen
- Ctrl+Z: Mengundurkan (undo) tindakan
- Ctrl+Y: Redo tindakan
- Alt+Ctrl+S: Membelah (Split) tetingkap atau membuang belahan (split) pada tetingkap
- Ctrl+Alt+V: Pandangan susun atur cetakan (Print Layout View)
- Ctrl+Alt+O: Pandangan garis rangka
- Ctrl+Alt+N: Pandangan draf
- Ctrl+F2: Pandangan Pratonton Cetakan
- F1: Membuka anak tetingkap Bantuan (Help)
- Alt+Q: Pergi ke kotak “Tell me what you want to do”
- F9: Segar semula (Refresh) medan kod di dalam pilihan semasa
- Ctrl+F: Carian dokumen
- F7: Menjalankan semakan ejaan dan tatabahasa
- Shift+F7: Membuka tesaurus (thesaurus). Jika perkataan anda telah dipilih di dalam dokumen, program akan terus mencari perkataan berkenaan di dalam tesaurus sebaik sahaja anda menekan butang Shift+F7
Memandu arah di dalam Dokumen
Kekunci pintas juga dapat memudahkan anda memandu arah (navigate) di dalam dokumen anda. Hal ini amat mustahak bagi dokumen-dokumen yang terlalu besar dan panjang.
- Left/Right Arrow: Mengalihkan cursor satu abjad ke kiri atau ke kanan
- Ctrl+Left/Right Arrow: Mengalihkan satu perkataan ke kiri atau ke kanan.
- Up/Down Arrow: Bergerak ke atas atau ke bawah satu barisan
- Ctrl+Up/Down Arrow: Bergerak ke atas atau ke bawah satu perenggan
- End: Menggerakkan cursor ke penghujung barisan semasa
- Ctrl+End: Menggerakkan cursor ke penghujung dokumen
- Home: Menggerakkan cursor ke permulaan barisan semasa
- Ctrl+Home: Menggerakkan cursor ke permulaan dokumen
- Page Up/Page Down: Menggerakkan ke atas dan ke bawah satu skrin
- Ctrl+Page Up/Page Down: Alih ke semakan terdahulu atau berikutnya (selepas melakukan carian)
- Alt+Ctrl+Page Up/Page Down: Menggerakkan ke atau atau ke bawah tetingkap semasa
- F5: Buka kotak dialog Find dengan tab “Go To” dipilih bagi membolehkan anda pergi ke halaman, seksyen, tandaan tertentu dengan lebih pantas.
- Shift+F5: Mengitar ke tiga lokasi terakhir yang mana poin masukan telah ditempatkan. Jika dokumen anda baru dibuka kekunci ini akan membawakan anda ke poin terakhir sebelum dokumen berkenaan ditutup.
Memilih Teks
Penggunaan kekunci anak panah (arrow keys) dapat menggerakkan poin masukan anda ke mana-mana sebagaimana yang digunakan oleh kekunci-kekunci pintas yang di atas. Kekunci berkenaan juga boleh digunakan bersama-sama dengan kekunci Ctrl dan Shift untuk menguruskan teks-teks di dalam dokumen.
- Shift+Left/Right Arrow: Luaskan pilihan semasa anda dengan satu aksara ke kiri atau kanan
- Ctrl+Shift+Left/Right Arrow: Luaskan pilihan semasa anda dengan satu perkataan ke kiri atau kanan
- Shift+Up/Down Arrow: Luaskan pilihan naik atau turun satu baris
- Ctrl+Shift+Up/Down Arrow: Memperluas pemilihan ke permulaan atau akhir perenggan
- Shift+End: Memperluas pemilihan ke hujung garisan
- Shift+Home: Memperluas pemilihan ke permulaan garis
- Ctrl+Shift+Home/End: Memperluas pemilihan ke permulaan atau akhir dokumen
- Shift+Page Down/Page Up: Luaskan pilihan ke bawah atau sehingga seluruh skrin
- Ctrl+A: Pilih keseluruhan dokumen
- F8: Masuk ke dalam mod pemilihan. Semasa dalam mod ini, anda boleh menggunakan kekunci anak panah untuk melanjutkan pilihan anda. Anda juga boleh menekan F8 hingga lima kali untuk melanjutkan pemilihan ke luar. Tekan pertama memasuki mod pemilihan, tekan kedua memilih perkataan di sebelah titik pemasukan, ketiga memilih keseluruhan ayat, keempat semua huruf dalam perenggan, dan kelima seluruh dokumen. Menekan Shift + F8 berfungsi pada kitaran yang sama, tetapi ke belakang. Dan anda boleh menekan Esc bila-bila masa untuk meninggalkan mod pemilihan.
- Ctrl+Shift+F8: Memilih lajur. Sebaik sahaja lajur dipilih, anda boleh menggunakan kekunci anak panah kiri dan kanan untuk melanjutkan pemilihan ke lajur yang lain.
Lain-lain kekunci pintas
- Kekunci pintas untuk mengakses ke Ribbon; Tekan butang kekunci Alt atau F10 dan huruf-huruf yang boleh digunakan sebagai kekunci pintas akan muncul pada item-item menu yang kelihatan. Tekan pada huruf-huruf mengikut label-label pada item menu tadi untuk melakukan pintasan. Untuk menghilangkan label-label itu tadi, anda boleh menekan butang Esc.
- Ctrl + F1; Memaparkan atau menyembunyikan Ribbon
- Ctrl + K: Memasukkan pautan hyperlink pada teks-teks yang dipilih.
- Ctrl + F: Membuka kotak carian pada anak tetingkap navigasi.
- Alt + Ctrl + S: Melakukan pemisahan paparan dan menyahpisah paparan
- Ctrl + Backspace: Padam satu perkataan ke kiri.
- Shift + F3: Ubah huruf besar atau huruf kecil pada huruf-huruf yang dipilih.
- Alt + Shift + W: Membuat garis dibawah (underline) perkataan-perkataan yang dipilih, tetapi tidak menggariskan pada jarak-jarak (space).
- Ctrl + 1: Menetapkan penjarakan garis tunggal (Set single-line spacing).
- Ctrl + 2: Menetapkan penjarakan garis berganda(Set double-line spacing).
- Ctrl + 5: Menetapkan penjarakan garis 1.5 (Set 1.5-line spacing).
- Ctrl + Y: Ulang balik tindakan yang terakhir
- Ctrl + Enter: Masukkan page break.
- Alt + F4: Tutup teruih program.
Moga-moga segala kekunci pintasan pada Microsoft Word ini dapat membantu anda mempercepatkan dan mempertingkatkan produktiviti anda dalam melakukan pekerjaan sehari-harian.
Terbaik..tq