Utama Android oneplus OnePlus Ace 3 kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan 100W

OnePlus Ace 3 kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan 100W

177
0

OnePlus telah mengumumkan telefon pintar peringkat menengah atas baharunya yang dikenali sebagai OnePlus Ace 3. Ia dilengkapkan dengan spesifikasi atasan seperti yang terdapat pada telefon pintar mercu keluaran 2023. Cuma ia tidaklah setinggi OnePlus 12 yang dilengkapkan dengan pemprosesan yang lebih baharu dan kamera berjenama Hasselblad.

OnePlus Ace 3 menggunakan paparan AMOLED LTPO 6.7-inci dengan kadar penyegaran semula beradaptif 120Hz. Skrin yang diberi perlindungan Corning Gorilla Victus 2 ini juga mempunyai tahap kecerahan puncak sehingga 4,500 nits.

Di dalamnya terdapat pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Turut ditampilkan pada telefon pintar ini, penggelongsor pemberitahuan yang unik.

Pada bahagian belakangnya, OnePlus Ace 3 menyediakan kamera utama Sony IMX890 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera makro 2MP. Pada sebelah hadapannya pula ditempatkan kamera 16MP. Untuk baterinya, ia mempunyai bateri berkapasiti 5,500mAh bersama-sama sokongan pengecasan berwayar 100W.

OnePlus Ace 3 hadir dengan tiga pilihan warna dan ditawarkan dengan harga bermula dari CNY2,599 (~RM1,685). Ia dijangka akan diperkenalkan ke pasaran global sebagai OnePlus 12R bersama-sama OnePlus 12 pada 23 Januari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.