Utama Android vivo vivo Y55+ 5G secara rasminya memasuki pasaran Malaysia berharga RM1,099

vivo Y55+ 5G secara rasminya memasuki pasaran Malaysia berharga RM1,099

169
0

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y55+ 5G ke Malaysia dan turut ditawarkan sebagai salah satu penawaran Yes Infinite Plus. Anda boleh mendapatkannya di pasaran di seluruh kedai-kedai fizikal vivo dan Yes di seluruh negara bermula dari 9 Jun dan boleh dipra-tempah bermula sekarang di laman web rasmi Yes.

Telefon pintar ini turut menawarkan paparan LCD 6.58-inci dengan nisbah aspek 20:9. Melalui badan yang diperbuat daripada plastik, vivo Y55+ 5G menawarkan warna pilihan Starlight Black dan Glowing Galaxy bersama-sama pengimbas cap jari pada sisinya. Telefon pintar peringkat pemula ini juga didatangkan dengan antaramuka FunTouch OS dan Android 12.

Hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 700, telefon pintar ini turut menawarkan RAM 6GB dan storan 128GB. Memorinya juga boleh diperbesarkan secara maya sehingga 2GB serta storannya pula boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD. Ia dikuasakan oleh sebuah bateri 5,000mAh dan sokongan pengecasan berwayar 18W. Walaubagaimanapun, tiada sokongan pengecasan secara nirwayar.

Pada bahagian belakangnya, vivo Y55+ 5G menawarkan tri-kamera dengan sebuah sensor utama 50MP, kamera berkedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Untuk ketersambungan, telefon ini menyokong Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth 5.1, NFC, dwi-SIM dan juga rangkaian 5G. Telefon dengan satu pembesar suara ini turut menyediakan bicu audio 3.5mm.

Harga pasaran bagi vivo Y55+ 5G di Malaysia adalah RM1,099 dan melalui pelan asas Yes Infinite Plus, telefon ini diberikan secara percuma dengan kontrak selama 36 bulan. Pelan tersebut berharga RM58 sebulan bersama-sama data tanpa had 5G dan 4G dengan panggilan tanpa had.

Sungguhpun panggilan dan datanya yang diberikan oleh pelan-pelan ini adalah tanpa had, setiap darinya dibezakan dari segi kuota hotspotnya. Pelan asasnya menawarkan kuota hotspot bermula dari sebanyak 10GB hingga 100GB bagi pelan Ultra yang berharga RM178 sebulan dengan pilihan peranti sama ada vivo X80 atau Samsung Galaxy S22.

Artikel sebelum iniHONOR 70 5G dengan skrin OLED, cipset Snapdragon 778G+ secara rasminya dilancarkan
Artikel seterusnyaShell perluaskan sokongan pam minyak dengan RFID di 35 stesen di Lembah
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.