Utama Android Honor HONOR 70 5G dengan skrin OLED, cipset Snapdragon 778G+ secara rasminya dilancarkan

HONOR 70 5G dengan skrin OLED, cipset Snapdragon 778G+ secara rasminya dilancarkan

859
0

Telefon pintar HONOR 70 5G telah dilancarkan secara rasminya telah dilancarkan di China baru-baru ini. Selain dari model tersebut, HONOR 70 Pro 5G dan 70 Pro Plus 5G turut diumumkan.

Model standard ini hadir berkesinambungan dari HONOR 60 yang dilancarkan pada tahun lepas. Untuk model kali ini, ia membawakan pelbagai penambahbaikan ketara berbanding keluaran terdahulu.

Spesifikasi HONOR 70 5G

HONOR 70 5G menampilkan skrin melengkung OLED 6.67-inci yang menyokong resolusi FHD+. Paparan tersebut juga menyediakan panel 10-bit dan kadar penyegaran semula 120Hz dan sokongan pengimbas cap jari terbina dalam.

Telefon pintar ini mempunyai dua gegelung pada permukaan belakangnya yang menempatkan tiga kamera. Salah satu dari dua gegelung berkenaan menempatkan dua buah kamera dengan satu lagi menempatkan sebuah kamera dan cahaya flash LED.

Untuk fotografinya, HONOR 70 5G mempunyai satu kamera utama dengan sensor 54MP Sony IMX800, kamera bersudut lebar 50MP dan satu kamera berkedalaman 2MP. Kamera hadapannya yang ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubang paparannya pula merupakan sebuah kamera 32MP.

Menguasakan telefon pintar ini adalah cipset Qualcomm Snapdragon 778G+ dengan RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Sokongan sambungan untuk telefon pintar ini pula terdiri daripada satu port USB-C, Wi-Fi, Bluetooth 5.2, 5G dan NFC.

HONOR 70 5G ditawarkan dengan pilihan warna Midnight Black, Crystal Silver, Emerald Green, Frosted Gold, dan Icelandic Frost. Harganya pula bagi model RAM 8GB + storan 256GB adalah CNY2,699 (RM1,774). Manakala model RAM 12GB + storan 256GB pula harganya adalah CNY2,999 (RM1,972) dan model RAM 12GB + storan 512GB harganya CNY3,399 (RM2,234).

Pelancarannya ke peringkat global masih lagi belum diumumkan setakat ini dan dijangkakan ia akan hadir ke pasaran lain termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.