Utama Rencana Apa itu Teknologi Maklumat atau IT?

Apa itu Teknologi Maklumat atau IT?

872
0
Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat atau information technology (IT) merupakan kaedah menggunakan sistem komputer atau peranti untuk mengakses maklumat. Peranan yang dimainkannya amat besar di dalam tenaga kerja, operasi perniagaan, dan juga individu melibatkan hampir setiap aspek dalam kehidupan masa kini.

Sama ada anda menyimpan, mengambil, mengakses mahupun mengendalikan maklumat, teknologi maklumat (IT) memberikan kesan yang amat besar dalam produktiviti bidang pekerjaan.

Baik syarikat besar mahupun kecil, teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk memudahkan urusan dan mempercepatkan proses yang dilaksanakan.

Jika syarikat-syarikat besar menggunakan teknologi maklumat untuk menguruskan data-data dan menginovasi proses kerja, syarikat-syarikat kecil dan peniaga runcit pula menggunakan peranti seperti pembaca kad kredit/debit untuk mengumpulkan maklumat pembayaran dengan pelanggan.

Malah, jika anda menggunakan perisian lembaran kerja seperti Microsoft Excel atau perkhidmatan Google Sheet untuk membuat kira-kira, anda juga dikira sebagai seorang yang memanfaatkan teknologi maklumat.

Jenis-jenis Teknologi Maklumat

Terma teknologi maklumat ini amat luas kerana ia melibatkan penggunaan teknologi untuk berkomunikasi, memindahkan data dan memproses maklumat.

Antara trend terkini melibatkan teknologi maklumat termasuklah:

  • Analitik
  • Automasi
  • Kecerdasan buatan
  • Perkomputeran awanan
  • Komunikasi
  • Keselamatan siber
  • Pengurusan data atau Pengurusan Pangkalan Data
  • Infrastruktur
  • Internet benda (Internet of things)
  • Pembelajaran mesin
  • Penyelenggaraan dan pembaikan
  • Rangkaian
  • Robotik
  • Pembangunan perisian dan aplikasi
  • SCADA

dan banyak lagi. Teknologi ini berkembang dengan begitu pesat dan sentiasa akan ada pertambanan cabang-cabang baharu saban tahun.

Fungsi Teknologi Maklumat

Teknologi ini memainkan peranan yang amat penting di dalam perniagaan dan ia menjadi asas kepada pasaran buruh semasa. Dari komunikasi hinggalah kepada pengurusan data dan kecekapan operasi, teknologi maklumat menyokong pelbagai fungsi perniagaan dan memacu produktiviti.

Kenapa kita perlukan Teknologi Maklumat?

Banyak perkara di dalam kehidupan kita pada hari ini melibatkan teknologi maklumat, baik peribadi mahpun bidang kerja kita. Ia merupakan asas kepada komunikasi, kemajuan teknologi, inovasi, kelestarian dan penciptaan.

Kita menggunakan teknologi maklumat sebagai seorang individu untuk berhubung dan berkomunikasi dengan insan lain, bermain permainan digital, berkongsi media, membeli belah dan juga bersosial.

Dari sudut kerjaya, teknologi maklumat memberikan impak besar di dalam pengoperasian perniagaan dan merangkumi hampir segenap indsutri. Baik kesihatan hingga ke perkhidmatan makanan, pengeluaran hingga ke jualan, kita bergantung pada teknologi maklumat untuk berhubung antara satu sama lain dan juga menguruskan maklumat bagi meingkatkan kecekapan.

Sumbangan Teknologi Maklumat di Malaysia

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), teknologi komunikasi dan maklumat menyumbang sebanyak 23.2% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun lepas.

Permintaan melibatkan produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat dijangka akan sentiasa meningkat. Ia turut disumbangkan oleh faktor pelaksanaan dasar dan perkembangan semasa seperti 5G, cara kerja hibrid, perbankan digital dan juga permintaan dari pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.