Utama Telco YTL Yes perkenalkan Infinite Plan, Tawarkan akses 5G dan 4G tanpa Had dari...

Yes perkenalkan Infinite Plan, Tawarkan akses 5G dan 4G tanpa Had dari RM30/bulan untuk Prabayar, RM58/bulan untuk Pascabayar

904
0

YTL Communications secara rasminya telah mengumumkan pelan data 5G melalui Yes Infinite Plan. Pelan baharu ini menawarkan akses tanpa had sebenar ke rangkaian 4G dan 5G tanpa terikat dengan Polisi Penggunaan Saksama (FUP).

Sebagai makluman, Polisi Penggunaan Saksama merupakan terma yang kebiasaannya digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menyekat kelajuan pengguna apabila tahap penggunaannya telah mencapai pada tahap tertentu.

Infinite Plan baharu ini dibahagikan kepada beberapa peringkat pakej yang dibezakan dari segi penawaran kuota hotspotnya. Misalnya, Infinite Basic berharga RM58 sebulan dengan peruntukan kuota hotspot 10GB sebulan. Manakala pelan Standard pula hadir dengan kuota hostpot 40GB pada harga RM88.

Seterusnya, bagi pelan Premium pula harganya adalah RM118 sebulan dengan kuota hotspot sebanyak 70GB. Manakala pelan Ultra pula berharga RM178 sebulan dengan kuota hotspot sebanyak 100GB.

Kesemua pelan Yes Infinite ini ditawarkan sebagai pelan pascabayar tanpa sebarang kontrak. Dalam pada masa yang sama, pelan sedia ada di bawah pelan FT5G tidak akan dipindahkan ke pelan Infinite baharu secara automatik dan pelan Prepaid FT5G Unlimited akan terus ditawarkan kepada pengguna.

Anda yang berminat boleh mendapatkan pek SIM Yes terus di laman web rasminya. Kos pembeliannya bergantung pada pelan bulanan mengikut pilihan pengguna dan akan dikembalikan kepada pengguna pada bulan pertama bil sebagai rebat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.