Selepas memperkenalkan isian minyak melalui RFID di pam stesen minyak pada tahun lalu, Shell telah memperluaskan kaedah pembayaran secara nirsentuhan ke 30 buah lagi stesen minyak di Lembah Klang, menjadikan jumlah keseluruhannya 35 buah stesen.
Bagi kenderaan yang dilengkapkan dengan tag RFID, anda boleh melakukan isian petrol secara terus tanpa menggunakan telefon pintar anda mahupun terminal pembayaran di pam berkenaan.
Senarai Stesen Minyak Shell dengan sokongan RFID di pam
Berikut adalah stesen-stesen minyak Shell yang menyediakan sokongan isian minyak melalui pembayaran RFID di pam:
- Shell Taman Tun Dr Ismail
- Shell Mint Hotel
- Shell Bandar Sri Menjalara
- Shell NKVE Damansara
- Shell Taman Connaught
- Shell Desa Aman Puri
- Shell Danau Desa
- Shell Jalan Kepong 2
- Shell MRR2 Gombank 2
- Shell LDP Kelana Jaya
- Shell Federal Hway 4
- Shell Federal Highway Route 2
- Shell Jalan Puchong KM 12
- Shell Desa Petaling
- Shell Cheras Perdana
- Shell Jalan Cheras, KM 5.5
- Shell LDP Puchong
- Shell Persiaran Mahkota Cheras 2
- Shell Plus HW J Duta KL Bound
- Shell New Pantai Expressway
- Shell Wangsa Maju 2
- Shell Sri Hartamas
- Shell Kesas Highway Klang Bound
- Shell SKVE Serdang Kajang Bound
- Shell NSE Bukit Jalil (TPM 2)
- Shell Kesas Highway KL Bound
- Shell Kajang Semenyih
- Shell Bandar Puteri Puchong
- Shell Prima Saujana Kajang Bypass
- Shell Sunway Damansara
- Shell Sunway Damansara
- Shell Sg Kayu Ara
- Shell Bukit Rimau Shah Alam
- Shell Jalan Kuchai Lama 2
- Shell Kesas R&R Kinrara
Cara mengaktifkan pengisian minyak melalui pembayaran dengan RFID pada aplikasi TNG eWallet
Sebelum anda menggunakan RFID untuk membayar isian minyak, anda perlu mengaktifkannya di dalam aplikasi TNG eWallet anda. Pada halaman utama anda, ketik pada “MORE” > “Transportation” > Pilih Shell > “Activate Fuelling”.
Anda juga boleh pilih nilai amaun preset untuk isian minyak RFID dan pautkan dengan nombor kad BonusLink anda untuk mendapatkan mata ganjaran setiap kali anda mengisi minyak di Shell. Jika anda menetapkan jumlah isian yang lebih tinggi, amaun yang berlebihan akan dimasukkan semula ke dalam eWallet anda secara automatik.
Untuk mengisi menggunakan RFID di stesen minyak Shell yang menyokong fungsi tersebut, anda boleh pergi pada pam-pam yang menyokong fungsi tersebut. Kebiasaannya Shell akan menyediakan satu tanda khas yang menunjukkan sokongan pembayaran secara RFID disediakan pada pam tersebut.
Anda boleh meletakkan kenderaan pada petak khas tersebut dan lihat pada papan tanda digital yang ditempatkan pada siling atau bersebelahan dengan pam minyak tersebut. Sebaik sahaja status telah bertukar warna hijau dengan simbol pam minyak, anda boleh terus mengisi minyak pada kenderaan anda.
Untuk membolehkan isian minyak RFID digunakan, anda perlu mempunyai tag RFID yang berfungsi dengan elok dan juga nombor plat kenderaan yang jelas. Jika nombor plat kenderaan anda hilang atau sukar dibaca, transaksi RFID anda akan dibatalkan.
Berbeza dengan Setel dari Petronas, anda tidak perlu menggunakan telefon pintar untuk menggunakan kaedah pembayaran ini. Jika terdapat anggota keluarga atau kenalan yang menggunakan kenderaan tersebut, mereka masih boleh menggunakannya untuk mengisi minyak melalui tag RFID yang telah diaktifkan untuk fungsi RFID Fuelling. Pam berkenaan akan dibenarkan sebaik sahaja tag dan nombor kenderaan telah dikesan untuk digunakan mengikut jumlah amaun preset yang ditetapkan oleh pemilik RFID kenderaan tersebut.