Utama Telco TM Unifi Mobile mula tawarkan perkhidmatan 5G bermula Februari ini

Unifi Mobile mula tawarkan perkhidmatan 5G bermula Februari ini

418
0
Unifi Mobile 5G

Sebulan telah berlalu semenjak Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelancaran rangkaian komersil 5G yang diuruskannya. Telekom Malaaysia (TM), salah satu syarikat telekomunikasi yang menerima tawaran akses 5G percuma dari DNB, akan mula menawarkan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan Unifi Mobile bermula Februari ini.

Bulan lepas, TM menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang mengumumkan penyertaan ujian pengguna 5G DNB. Akses 5G ini akan ditawarkan kepada pelanggan pascabayar Unifi Postpaid. Bagaimanapun, YTL Communications melalui Yes lebih awal menawarkan akses 5G kepada pelanggan pascabayar dan prabaarnya bermula 15 Disember 2021.

Berdasarkan laman Unifi Mobile, pelanggan yang melanggan pelan pascabayarnya boleh menikmati data 5G bermula Februari 2022. TM setakat ini tidak berkongsikan maklumat lanjut mengenai penawaran data 5G ini termasuk kuota data, dan tarikh sebenar penawarannya. Unifi Mobile 5G Page

Malah, tidak diketahui sama ada pelanggan sedia ada perlu menukar kad SIM masing-masing. Setakat ini juga, maklumat mengenai terma dan syarat tambahan, serta Polisi Penggunaan Saksama (FUP) untuk 5G juga tidak dikongsikan di dalam laman webnya.

Pelan Pascabayar Unifi Mobile bakal nikmati 5G dari serendah RM19 sebulan

Melalui maklumat yang dikongsikan, pelanggan Unifi Mobile dari Pelan Pascabayar RM19/bulan juga berpeluang menikmati data 5G. Tidak diketahi sama ada penggunaan 5G ini akan melibatkan kuota data sedia ada atau tanpa had seperti Yes 5G. Pun begitu, pelanggan prabayar Unifi Mobile langsung tidak ditawarkan apa-apa yang berkaitan dengan 5G ini.

Apa yang perlu difahami juga buat masa ini adalah akses 5G percuma dari DNB kepada syarikat telekomunikas ini akan tamat pada 31 Mac 2022. Jika Unifi Mobile mengaktifkan akses 5G ini seawal pada 1 Februari ini, pengguna mungkin akan mempunyai masa sehingga dua bulan untuk menikmatinya secara percuma.

Akan tetapi, masih tiada khabar berita tentang apakah yang bakal terjadi selepas 31 Mac 2022 kelak kerana tiada syarikat telekomunikasi yang telah menandatangani perjanjian borong 5G komersil dengan DNB sehingga kini.

Lagipun, jika TM mula menawarkan 5G melalui pelan Unifi Mobile 5G, model telefon dari Samsung dan iPhone masih lagi belum disokong. Rangkaian 5G dari DNB buat masa ini kebanyakannya menyokong peranti-peranti berjenama dari China seperti Xiaomi, Redmi, Oppo, Poco, Realme, Vivo, Huawei, Honor dan ZTE.

Bagi anda yang tinggal di kawasan liputan 5G dan ingin mencuba sendiri rangkaian tersebut, anda boleh mendapatkan kad SIM 5G percuma yang ditawarkan oleh Yes. Kad SIM percuma ini didatangkan dengan data 5G tanpa had dan data 4G 10GB untuk sebulan.

SUMBERUnifi Mobile
Artikel sebelum iniPLUS menjalankan ujian Kaedah Bayaran Tol guna Kad Debit, Kad Kredit
Artikel seterusnyaTransaksi tol RFID di Lebuhraya PLUS laluan Juru-Skudai bermula dari jam 10 malam, 15 Januari
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.