Utama Telco YTL Pek SIM Yes FT5G Discover tawarkan Data ujian 5G Tanpa Had Percuma...

Pek SIM Yes FT5G Discover tawarkan Data ujian 5G Tanpa Had Percuma untuk 30 Hari

1029
0

YTL Communications mengumumkan penawaran pek kad SIM 5G secara percuma. Tawaran tersebut mula dibuka bermula dari hari ini sehingga 14 Februari 2022 dan akan dihantar kepada pengguna tanpa sebarang caj penghantaran.

Pek kad SIM Yes FT5G Discover Plan menawarkan manfaat rangkaian 5G negara secara percuma selama 30 hari. Pek SIM baharu ini juga menyediakan data 4G sebanyak 10GB.

Sebagai perbandingan, pelan sedia ada Yes Prepaid FT5G menawarkan akses 4G tanpa had pada had maksima 7Mbps pada harga RM30 sebulan.

Untuk menikmati rangkaian 5G yang diuruskan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) ini, anda perlu menggunakannya pada model-model telefon 5G tertentu buat masa ini. Dalam pada masa yang sama, perkhidmatan 5G ini hanya ditawarkan di Cyberjaya, Putrajaya dan beberapa bahagian di Kuala Lumpur.

Anda juga perlu membuat semakan yang lebih terperinci berkenaan kawasan liputan untuk melihat sama ada anda menerima rangkaian 5G berkenaan di lokasi tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pek SIM Yes FT5G Discover Plan, anda boleh membuat pesanan secara terus di laman rasmi Yes atau melalui aplikasi MyYes.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.