Utama Mobile Aplikasi PLUS menjalankan ujian Kaedah Bayaran Tol guna Kad Debit, Kad Kredit

PLUS menjalankan ujian Kaedah Bayaran Tol guna Kad Debit, Kad Kredit

69
0

PLUS baru-baru ini telah memaklumkan mengenai sesi pengujian pilihan kaedah pembayaran baharu. Kaedah tersebut yang menggunakan kad debit dan kad kredit ini dijangka akan menjadi pilihan tambahan baharu kepada kaedah sedia ada.

Jika kaedah ini berjaya diperkenalkan kelak, pilihan pembayaran penggunaan tol tidak lagi hanya terhad pada kad Touch ‘n Go semata-mata.

Lokasi plaza tol di mana ujian tersebut akan dilakukan bagaimanapun tidak dinyatakan buat masa ini.

Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah bagi memudahkan para pengguna lebuhraya PLUS membuat pembayaran tol. Dalam pada masa yang sama, PLUS juga sedang melakukan persiapan untuk memperkenalkan sokongan RFID di sepanjang lebuhrayanya pada 15 Januari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.