Gergasi pengeluar cip dari Taiwan, TSMC mengeluarkan amaran kekurangan bekalan semikonduktor global akan berlanjutan sehingga ke tahun depan.
Menurut Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif C.C. Wei menyatakan pihaknya menjangkakan pihaknya dapat menampung permintaan dari pelanggannya menjelang 2023.
Bagi memenuhi permintaan cip yang mendadak, TSMC mengumumkan pihaknya akan melabur sejumlah US$100 billion (~RM413.8 billion) dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam tempoh tiga tahun bagi tujuan tersebut.
Beliau turut memaklumkan permintaan yang tinggi untuk cip 5-nm dan 3nm turut menjadi salah satu faktor penyumbang kekurangan bekalan ini. Dalam perkembangan yang sama, TSMC turut mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 25.4% iaitu US$12.92 billion (~RM53.32 billion) untuk tempoh suku pertama tahun ini.
Masalah kekurangan bekalan cip yang kian meruncing ini telah memberi kesan terhadap pengeluaran peranti elektronik seperti telefon pintar, kad grafik, dan konsol permainan.