Utama Panduan Cara shutdown Windows 10 dengan pemasa (timer)

Cara shutdown Windows 10 dengan pemasa (timer)

149
0
Windows-10-Shut-down-Timer

Anda tidak memerlukan aplikasi yang canggih-manggih untuk melakukan ‘shut down‘ komputer anda mengikut tempoh tertentu pada Windows 10.

Cukup sekadar memasukkan baris arahan di dalam Command Prompt untuk membolehkan sistem komputer anda shut down secara automatik. Tapi, bagi anda yang ingin memasangkan aplikasinya pun tidak mengapa, asalkan anda bahagia.

Apa pun jua pilihan anda yang inginkan, menutup PC anda secara automatik mempunyai manfaat dan fadhilatnya yang tersendiri. Terutamanya apabila anda malas menunggu ketika menyalin atau memuat turun fail bersaiz besar seperti perisian permainan komputer. Anda boleh menetapkan pemasa (timer) untuk menutup PC anda dan seterusnya masuk tidur dengan aman damai sejahtera.

Caranya amat mudah, iaitu dengan membukan Command Prompt dan taipkan baris arahan berikut:

shutdown -s -t [seconds]

Anda perlu menggantikan arahan [seconds] berkenaan dengan nilai berapa saat yang anda perlukan sebelum PC tersebut shut down. Ada sedikit pengiraan matematik di sini. Misalnya:

  • 5 minit: 300 saat
  • 30 minit: 1,800 saat
  • 1 jam: 3,600 saat
  • 6 jam: 21,600 saat

Jika anda tersilap mengira, atau merasakan tidak perlu lagi untuk membuat penetapan pemasa berkenaan, anda boleh membatalkannya dengan menaipkan arahan berikut:

shutdown -a

Anda juga boleh mewujudkan kekunci pintas bagi memudahkan langkah menetapkan pemasa di masa akan datang.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi pemasa menutup PC seperti Shutdown Timer Classic. Aplikasi sumber terbuka ini boleh didapati di GitHub dan Windows Store.Shutdown Timer Classic-1

Melalui aplikasi ini, anda juga boleh menetapkan kata laluan untuk menghalang tetapan pemasa shut down berkenaan dibatalkan. Ini penting terutamanya bagi ibu bapa yang ingin mengawal penggunaan PC oleh anak-anak yang leka dengan permainan seperti Roblox.Shutdown Timer Classic-2

Aplikasi ini juga memaparkan pengiraan detik sebelum PC berkenaan akan di ‘shut down’.Shutdown Timer Classic countdown

Sekian sahaja penjelasan saya mengenai kaedah yang boleh digunakan bagi membuat penetapan pemasa untuk shut down PC.

Selamat belajar!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.