Utama Android Samsung Samsung Galaxy A32 5G: Kualiti menyengat pada nilai hebat

Samsung Galaxy A32 5G: Kualiti menyengat pada nilai hebat

1597
0
Pandang-Pertama-Samsung-Galaxy-A32-5G

Samsung baru-baru telah memperkenalkan siri telefon pintarnya yang amat popular di Malaysia Galaxy A. Untuk tahun ini, siri tersebut bakal membawakan lebih banyak kecanggihan kepada peminat-peminatnya.

Salah satu model telefon pintar berkenaan Samsung Galaxy A32 5G, telah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada harga RM 1,199. Telefon pintar ini menawarkan pelbagai ciri-ciri canggih termasuk sokongan 5G yang kebiasaannya ada pada peranti premium.

Keupayaan menyokong rangkaian 5G pada peranti sebegini dijangka dapat membuka peluang kepada lebih ramai pengguna untuk menikmati piawaian sambungan internet mudah alih baharu ini.

Selain dari ciri sokongan 5G, Samsung Galaxy A32 5G turut menampilkan paparan Infinity-U Ultra-HD 6.4-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

Samsung Galaxy A32 5G Infinity V Display

Paparan sebegini mampu memberikan pengalaman permainan video mudah alih yang lebih lancar dan tontonan video yang lebih jelas. Tahap kecerahan maksimum yang ditawarkan oleh telefon ini juga tinggi iaitu 800 nit.

Selain itu, telefon pintar terbaru Samsung ini juga mempunyai pengimbas cap jari di butang pada sisi bingkainya (bersekali dengan butang suis). Fungsi ini juga pada kebiasaannya ditawarkan pada peranti-peranti yang lebih premium harganya.

Samsung Galaxy A32 5G Home Screen

Dari segi spesifikasi perkakasan, telefon ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 720 5G. Ianya merupakan cipset yang hampir setara Snapdragon 750G, sungguhpun harga bagi cipset keluaran Qualcomm berkenaan lebih tinggi.

Kapasiti RAM dan storan yang ditawarkan oleh telefon ini untuk pasaran Malaysia juga adalah tinggi iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Jika kapasiti storan tersebut anda merasakannya tidak mencukupi, anda boleh menambahkannya sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD.

Kamera Samsung Galaxy A32 5G

Terdapat empat buah modul kamera ditempatkan pada bahagian belakang telefon pintar ini. Sebuah kamera 48MP f/1.8 berperanan sebagai kamera utamanya. Modul-modul lain yang bergandingan dengannya terdiri dari sebuah kamera ultra-lebar 8MP f/2.2, kamera makro 5MP f/2.4 dan kamera berkedalaman 2MP f/2.4. Tidak ketinggalan, sebuah kamera swafoto 13MP f/2.2 turut disediakan yang ditempatkan pada takuk paparan Infinity-U di sebelah hadapannya.

Kamera Samsung Galaxy A32 5G

Ciri utama siri Galaxy A iaitu jangka hayat bateri yang panjang turut ditawarkan pada Galaxy A32 5G. Dilengkapkan dengan bateri 5,000mAh, telefon pintar ini mampu bertahan sehingga dua hari tempoh penggunaannya.

Samsung Adaptive Fast Charger 2021

Sokongan pengecasan pantas sehingga 15W turut ditawarkan melalui pengecas Adaptive Fast Charging yang disertakan bersekali dengan pembeliannya.

Ciri keselamatan di dalam telefon pintar ini juga telah dipertingkatkan melalui antaramuka OneUI 3.0 yang berasaskan Android 11. Malah, ianya turut diperkasakan dengan sistem keselamatan berbilang lapisan melalui Samsung Knox.

Samsung Galaxy A32 5G Unboxing 2

Mungkin ramai yang tidak menjangkakan telefon pintar ini merupakan telefon pintar Samsung terkini yang menyokong Samsung Pay. Kaedah pembayaran secara nirtunai ini dapat membantu sebahagian pengguna menjalankan transaksi perniagaan di saat pandemik ini.

Dalam pada masa yang sama, Samsung Malaysia menawarkan Soft Clear Cover bernilai RM39 secara percuma bagi setiap pembelian Samsung Galaxy A32 5G, selagi stok masih ada.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, Samsung Galaxy A32 5G di jual pada harga RM1,199 dan boleh didapati dengan empat pilihan warna. Anda boleh memilih sama ada warna Awesome Violet, Awesome Black, Awesome Blue, dan Awesome White. Anda juga boleh melihat dan merasainya sendiri telefon pintar ini di Samsung Experience Store dan wakil jualan Samsung yang sah di seluruh Malaysia atau mengunjungi laman web rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Artikel ini ditaja oleh Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.