Utama Android Xiaomi Black Shark 4 Pro kehabisan stok disebabkan oleh kekurangan bekalan cip

Black Shark 4 Pro kehabisan stok disebabkan oleh kekurangan bekalan cip

521
0
Black Shark 4 Pro Kehabisan Stok

Dunia kini sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan semikonduktor besar-besaran. Hal ini telah memberikan kesan yang besar terhadap pelbagai industri di seluruh dunia termasuk telefon pintar.

Kini, masalah kekurangan bekalan cip ini telah menyebabkan Black Shark 4 Pro kehabisan stok jualannya.

Berdasarkan laporan dari TechSina, Ketua Pegawai Eksekutif Black Shark 4, Luo Yuzhou menyatakan masalah kekurangan cip ini mengakibatkan siri mercu keluarannya kehabisan stok, terutamanya Black Shark 4 Pro.

Beliau turut menyatakan masalah kekurangan bekalan ini begitu meruncing hingga memaksa pihak syarikat meningkatkan pengeluaran telefon pintarnya.

Masalah kekurangan bekalan cip ini sudah berlarutan sejak dari penghujung tahun lalu dan telah memberi kesan terhadap pelbagai industri merangkumi automotif, telefon pintar, peralatan rumah dan sebagainya.

Selain itu, dijangkakan harga bagi pelbagai produk akan turut sama meningkat kesan dari masalah ini. Kenaikan harga barangan diramalkan berlaku pada produk elektronik pengguna seperti telefon pintar dan peralatan rumah.

Black Shark 4 Pro dilengkapkan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 888 yang dibina berasaskan proses pembuatan 5nm. Cipset berkenaan boleh diketemukan pada kebanyakan telefon-telefon pintar mercu.

Pihak Black Shark tidak menyatakan bilakah stok jualan Black Shark 4 Pro akan kembali pulih seperti sedia kala.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.