Utama Teknologi Siri Apple iPhone 15 dilancarkan secara rasminya; Cipset Bionic, USB-C, Telefoto 48MP...

Siri Apple iPhone 15 dilancarkan secara rasminya; Cipset Bionic, USB-C, Telefoto 48MP 2x, harga dari RM4,399

50
0

Apple benar-benar memperkenalkan port USB-C pada iPhone 15 menerusi Apple Event awal pagi tadi. Turut diperkenalkan kamera telefoto 48MP 2X.

Siri iPhone 15 hadir dengan dua model iaitu iPhone 15 dan iPhone 15 Plus yang kedua-duanya berbeza dari segi saiz, masing-masing 6.1-inci dan 6.7-inci. Terdapat lima pilihan warna yang disediakan iaitu black, blue, yellow, pink, dan green.

Skrinnya menggunakan Super-Retina XDR Display yang mempunyai tahap kecerahan sehingga 2000 nits apabila berada di luar. Untuk model tahun ini, kesemua model iPhone mempunya ciri “Dynamic Island”.

Badannya pula diperbuat daripada aluminium dengan kemasan kaca berwarna pada bahagian belakangnya. Ia juga menggunakan pemprosesan Bionic A16 dengan 5 teras GPU.

Menariknya, iPhone baharu menampilkan sistem dwi-kamera dengan kamera utama 48MP bersama-sama OIS dan kamera ultra lebar 12MP. Secara lalai, foto yang diambil akan di set kepada 24MP bagi menjimatkan ruang storan. Sokongan zum iPhone 15 ditawarkan dalam 0.5X, 1X dan 2X.

Kesemua foto yang melibatkan individu atau haiwan peliharaan akan diberikan kesan berkedalaman secara automatik tanpa perlu mengubah ke mod portret. Night Mode baharu ini juga mempertingkatkan fotografi dalam keadaan kurang pencahayaan dan melalui Smart HDR pula memperelokkan tona warna kulit individu di dalam foto.

iPhone 15 juga boleh mengecas secara berbalik untuk AirPods melalui kabel, serta kedua-dua model ini juga menyokong MagSafe. Kapasiti baterinya dikatakan mampu bertahan selama 26 jam bagi main semula video secara berterusan. Harga bagi model standard bermula dari RM4,399 dengan moden Plus pula bermula dari RM4,899.

Harga iPhone 15 di Malaysia

  • Apple iPhone 15 128GB – RM4,399
  • Apple iPhone 15 256GB – RM4,899
  • Apple iPhone 15 512GB – RM5,899

Harga iPhone 15 Plus di Malaysia

  • Apple iPhone 15 Plus 128GB – RM4,899
  • Apple iPhone 15 Plus 256GB – RM5,399
  • Apple iPhone 15 Plus 512GB – RM6,399

Anda yang berminat dengan iPhone 15 boleh membuat pra-tempahan bermula dari 22 September 2023 dan akan hadir menemui pengguna di Malaysia bermula pada 29 September 2023.

Artikel sebelum iniSyarikat-syarikat Malaysia Terajui ASEAN di dalam Lonjakan Bajet Keselamatan Siber – Laporan Palo Alto Networks
Artikel seterusnyaPersidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 perkukuhkan Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.