Utama Tablet Samsung Samsung Galaxy Tab A9 diketemukan di dalam Geekbench; Didapati guna cip MediaTek...

Samsung Galaxy Tab A9 diketemukan di dalam Geekbench; Didapati guna cip MediaTek Helio G99

57
0

Sebuah lagi tablet keluaran Samsung pada tahun ini dilaporkan telah diketemukan di dalam laman penanda aras peranti popular Geekbench. Berbeza dengan Galaxy Tab S9 yang dilancarkan pada Julai lalu, tablet kali ini merupakan jenis mampu milik Galaxy Tab A9.

Berkesinambungan dari Galaxy Tab A8 yang menjadi tablet pilihan Peranti Siswa, tablet yang didakwa sebagai Galaxy Tab A9 ini diketemukan di dalam rekod Geekbench dengan nombor model SM-X115.

Peranti berkenaan mencatatkan markah 735 mata dan 1,766 mata masing-masing untuk ujian teras tunggal dan berbilang Geekbench. Penanda aras ini juga mengesahkan tablet tersebut mempunyai RAM 4GB.

Apa yang lebih penting, tabet ini diyakini akan menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G99 yang mempunyai lapan teras CPU dengan dua daripadanya teras berprestasi tinggi (2.2GHz) dan enam selebih berkecekapan tinggi (2GHz). Pemprosesan ini juga memiliki unit grafik Mali-G57.

Spesifikasi berkenaan sememangnya dijangka pada sesebuah peranti mampu milik. Sungguhpun bukan bertaraf andalan seperti Galaxy Tab S9, ia masih lagi mampu melaksanakan tugasan-tugasan ringan seperti pembelajaran dalam talian dan juga tujuan pendidikan.

SUMBERGeekbench
Artikel sebelum iniSemua kabel USB-C yang disertakan bersama iPhone 15 hanya sokong kelajuan USB 2.0 sahaja
Artikel seterusnyaiOS 17, iPadOS 17, watchOS 10, dan tvOS 17 kini tersedia untuk dimuat turun peranti Apple
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.