Utama Apple Semua kabel USB-C yang disertakan bersama iPhone 15 hanya sokong kelajuan USB...

Semua kabel USB-C yang disertakan bersama iPhone 15 hanya sokong kelajuan USB 2.0 sahaja

187
0
iPhone 15 USB-C

Sebelum pelancaran siri iPhone 15, ura-ura mengatakan iPhone 15 Pro akan menykong kelajuan pemindahan dan pengecasan yang lebih pantas. Spekulasi tersebut pada akhirnya didapati tepat apabila Apple baharu sahaja menerbitkan dokumen sokongan berkenaan port USB-C.

Seperti yang kita sedia maklum, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max hanya menyokong USB 3.0. Namun, kabel pengecas USB C di dalam kotak pembungkusannya merupakan jenis USB 2.0 sahaja.

Ini bermakna, kabel USB-C di dalam kotak model Pro dengan standard adalah sama ada sahaja. Pengguna perlu membeli kabel yang lebih elok secara berasingan jika ingin mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi.

Dalam pada masa yang sama, kesemua model iPhone 15 boleh mengecas aksesori-aksesori lain seperti Apple Watch, bekas pengecasan AirPods dan lain-lain peranti Apple seperti yang diiklankan. Dokumen yang sama juga mendedahkan kelajuan mengecas boleh mencapai sehingga 4.5W, namun maklumat kadaran watt untuk masih lagi belum diketahui.

Di dalam pelancarannya baru-baru ini, Apple menyatakan siri iPhone 15 boleh menyokong DisplayPort untuk video berkualiti sehingga 4K HDR untuk monitor luaran atau TV melalui kabel atau adapter USB-C kepada DisplayPort. Pengguna juga boleh menggunakan kabel USB-C kepada USB-A untuk menyambungkan iPhone 15 ke kenderaan yang menyokong fungsi CarPlay.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.