Utama Samsung Samsung Galaxy Tab S9 dilancarkan di Malaysia; Tawarkan promosi ganjaran bernilai RM1,599

Samsung Galaxy Tab S9 dilancarkan di Malaysia; Tawarkan promosi ganjaran bernilai RM1,599

94
0

Bersama-sama pelancaran Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5, Samsung Malaysia turut mengumumkan pelancaran siri tablet Galaxy Tab S9. Bagi anda yang terlepas promosi pra-tempahan sebelum ini, Samsung Malaysia menawarkan promosi pelancaran siri tablet ini dengan ganjaran bernilai sehingga RM1,589.90.

Promosi pelancaran siri Galaxy Tab S9 di Malaysia

Jika anda membeli tablet siri Samsung Galaxy S9 bermula dari sekarang sehingga 30 September, anda berpeluang menerima ganjaran percuma seperti berikut:

  • Book Cover Keyboard & S Pen (dalam kotak) bernilai sehingga RM1,499
  • Langganan Viu percuma selama 12 bulan bernilai RM99.90
  • Potongan PWP sehingga 30% untuk pembelian aksesori Samsung, Samsung Care+, siri Galaxy Watch dan Galaxy Buds
  • Rebat ganti beli RM100

Bagaimanapun, tawaran ini tidak ditawarkan bagi pembelian model Galaxy Tab S9 128GB (5G/WiFi) dan Galaxy Tab S9+ 256GB (5G/WiFi).

Harga Samsung Galaxy Tab S9 di Malaysia

  • Galaxy Tab S9 Ultra 512GB dengan keyboard: RM7,149 (5G) / RM6,499 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9 Ultra 256GB dengan keyboard: RM6,649 (5G) / RM5,999 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9+ 512GB dengan keyboard: RM5,849 (5G) / RM5,199 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9+ 256GB: RM5,249 (5G) / RM4,599(Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9 256GB dengan keyboard: RM4,849 (5G) / RM4,199 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9 128GB: RM4,349 (5G) / RM3,699 (Wi-Fi)
Artikel sebelum iniSamsung Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5 dilancarkan di pasaran Malaysia 18 Ogos
Artikel seterusnyaAstro Memperkenalkan Mod Kids Profile dan 2 Saluran Percuma Untuk Pelanggan
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.