Xiaomi dijangka membuat perubahan besar dalam strategi produknya dengan melancarkan siri Xiaomi 18 Pro ke pasaran global. Kebiasaannya sebelum ini sering memperkenalkan varian Ultra.

Peranti mercu baharu ini dilaporkan bakal tampil dengan paparan sekunder di bahagian belakang serta butang Kecerdasan Buatan (AI) fizikal khusus.

Xiaomi dikatakan tidak akan mengeluarkan varian Ultra untuk siri ini dan akan merancang menawarkan model Pro ke pasaran antarabangsa. Xiaomi 18 Pro, yang dikenali dengan kod nama “Venice”, membawa nombor model M261DB untuk pasaran China dan 26122PN61G untuk pasaran global.

Model ini akan dipasarkan di negara seperti Turki, Rusia, Taiwan, Jepun, dan rantau EEA, namun tidak akan dibawa ke pasaran India. Varian kelas atas yang berkemungkinan besar dinamakan Xiaomi 18 Pro Max dengan kod nama “HongKong”, membawa nombor model 2609BPN61I khusus untuk India, selain kod M610BB (China) dan 2609BPN61G (Global).

Pentiris maklumat Digital Chat Station dan Kacper Skrzypek mendakwa varian Pro ini akan mengekalkan rekaan paparan sekunder untuk pengguna global. Ia hadir dengan skrin kecil tambahan pada panel belakang peranti yang membolehkan pengguna mengakses notifikasi pantas. Dilaporkan paparan tersebut menyokong lebih banyak aplikasi, permainan mudah alih, serta fungsi AI.

Peranti ini juga dikatakan bakal dilengkapkan butang AI fizikal baharu untuk melancarkan ciri-ciri pembantu pintar dengan lebih pantas.

Beza model-model Siri Xiaomi 18 (jangkaan)

Model Cipset Sistem Kamera Bateri & Pengecasan Ciri Tambahan
Xiaomi 18 Pro Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro 200MP Utama (1/1.28″ SmartSens), 200MP Telefoto (ISOCELL HP5), 50MP Ultra-lebar 7,000mAh, 100W Berwayar, 50W Wayarles Butang AI, kod nama “Venice”
Xiaomi 18 Pro Max Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro 200MP Utama (SmartSens SCC90XS, LOFIC HDR 3.0), 200MP Telefoto, 50MP Ultra-lebar 8,500mAh, 100W Berwayar, 50W Wayarles Bezel lebih nipis, kod nama “HongKong”
Xiaomi 18 Snapdragon 8 Elite Gen 6 200MP Utama, Lensa Ultra-lebar (tiada telefoto) 7,200mAh Model asas siri ini

Xiaomi turut dilaporkan sedang membangunkan sebuah model peranti boleh lipat (foldable) di bawah siri yang sama. Bagaimanapun ia disasarkan eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Kesemua model telefon pintar ini berkemungkinan besar akan dilancarkan secara rasmi di China pada bulan September.

Pun begitu, dakwaan ini masih di peringkat khabar angin Tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Xiaomi berhubung perkara ini setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.