Utama Android Samsung Ulasan Samsung Galaxy Tab A8: Bintang Penstriman pada harga Bajet

Ulasan Samsung Galaxy Tab A8: Bintang Penstriman pada harga Bajet

1139
0
Samsung-Galaxy-Tab-A8

Samsung Galaxy Tab A8 boleh dikirakan sebagai antara tablet Android berharga mampu milik yang terbaik. Ini mengambil kira berdasarkan kualiti pembesar suaranya, dan juga paparan lebarnya dengan bingkai tipis, amat sesuai digunakan untuk menstrim media. Kualiti binaannya yang mantap menjadikan tablet berharga RM 999 ini sebagai satu pembelian yang amat berbaloi.

Siri tablet Galaxy Tab A memiliki reputasi selaku tablet yang bagus pada harga yang amat munasabah. Meskipun ia tidak dilengkapkan dengan pemprosesan mercu, dan tidak mempunyai kesemua fungsi yang ditawarkan oleh Galaxy Tab S, siri tablet mampu milik keluaran Samsung ini sentiasa hadir dengan tawaran yang amat berbaloi.

Kini, Samsung telah memperbaharui penawarannya dengan memperkenalkan model terbaru tablet Android mampu milik ini dengan rekaan yang lebih bergaya.

Tentang Samsung Galaxy Tab A8

Samsung Galaxy Tab A8 pertama kali telah diumumkan ketika pada pertengahan Disember 2021 dan hadir ke pasaran pada pertengahan Januari lalu. Ia merupakan kesinambungan dari kecemerlangan Samsung Galaxy Tab A7 dengan beberapa perubahan yang sedikit membezakan antara kedua-duanya. Antaranya adalah penggunaan cipset Unisoc Tiger T618, berbanding sebelum ini yang menggunakan Qualcomm Snapdragon.

Paparan tablet Samsung baharu ini berukuran 10.5-inci, besar sedikit berbanding 10.4-inci pada Galaxy Tab A7 sebelum ini. Bucunya sedikit membulat dengan nisbah aspek 16:10 yang disediakan memudahkan tontonan media penstriman.Samsung-Galaxy-Tab-A8-7

Badan tablet ini diperbuat dari logam dengan butang kuasa dan kawalan bunyinya sahaja diperbuat dari plastik. Tablet ini hadir dengan tiga pilihan warna Kelabu, Perak dan Emas Merah Jambu.

Galaxy Tab A8 di Malaysia ditawarkan dengan konfigurasi RAM 3GB dan storan 32GB yang boleh diperbesarkan sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD. Buat masa ini, tablet ini hanya menawarkan pilihan sambungan Wi-Fi sahaja bagi pasaran Malaysia.

Samsung menyediakan bateri berkapasiti 7,040mAh dengan sokonga pengecasan berwayar 15W. Kapasiti ini adalah sama dengan yang ditawarkan pada Tab A7 sungguhpun model kali ini tampil lebih nipis.

Salah satu perubahan ketara yang dibawakan oleh Samsung adalah pada kamera belakangnya yang berbentuk bulat berbanding segi empat sebelum ini. Perubahan ini hanya pada rupa luarannya sahaja dengan sensor kamera yang ditawarkan masih lagi sama iaitu 8MP. Sensor kamera hadapan juga adalah sama dengan model sebelumnya iaitu 5MP.

Samsung Galaxy Tab A8 specs

Samsung Galaxy Tab A8
Paparan
10.5-inci TFT
1,200 x 1,920 piksel
216ppi
Cipset
Unisoc Tiger T618
RAM
3GB
Storage
32GB
Kamera
Belakang:
8MP, AFHadapan:
5MP
Bateri

7,040mAh

15W USB-C

Bicu audio
Ada
Ukuran
246.8 x 161.9 x 6.9mm
Berat
508g
Port

USB-C (Pengecas disediakan)

Bicu audio 3.5mm

Warna
Gray
Silver
Pink Gold

Rekaan Samsung Galaxy Tab A8

Secara keseluruhannya, rekaan yang dikemaskini ini mempunyai rupa dan rasa mirip dengan peranti-peranti Samsung Galaxy yang terkini. Binaan luarannya yang diperbuat dari logam juga menambahkan lagi rasa premiumnya sungguhpun tablet ini hadir sebagai tablet berharga bajet. Cuma ada rasa berat sedikit berbanding tablet binaan plastik lain.Samsung-Galaxy-Tab-A8-4

Rekabentuk melebar bernisbah 16:10 ini mungkin memberikan rasa kekok bagi pengguna yang sudah biasa menggunakan tablet berbentuk hampir segi empat sama. Galaxy Tab A8 ini lebih selesa digunakan jika diorientasikan ke dalam kedudukan lanskap kerana kedudukan kamera hadapannya yang betul-betul di tengah-tengah.

Samsung tidak menyediakan pengimbas cap jari bagi tablet ini, sama seperti model sebelumnya. Untuk ciri keselamatannya, tablet ini menyediakan pilihan melukis corak paten, kunci PIN dan juga pengecaman wajah.

Kualiti Paparan Samsung Galaxy Tab A8

Samsung menyediakan reka bentuk Galaxy Tab A8 khusus untuk menikmati media penstriman. Melalui skrin LCD 10.5-inci beresolusi 1,920 x 1,200 dengan kadar penyegaran semula 60Hz, tablet ini mampu menyediakan kualiti yang secukupnya bagi kegunaan umum.

Panel yang lebar ini menyediakan paparan bernisbah 16:10 yang amat sesuai digunakan untuk menonton kandungan penstriman. Cuma terdapat beberapa kandungan sahaja yang tidak didatangkan di dalam format nisbah berkenaan seperti siri popular Netflix, The Witcher.

Hal ini pada saya bukanlah satu isu yang besar memandangkan ia masih lagi boleh dinikmati. Kehadiran bar hitam di bahagian atas dan bawah pada sesetengah kandungan adalah lumrah kerana tidak semua kandungan media seperti filem atau siri televisyen hadir dalam bentuk nisbah paparan yang sama.

Bateri dan pengecasan Samsung Galaxy Tab A8

Tablet terbaru dari Samsung ini menawarkan kapasiti sebanyak 7,040mAh. Ia tidak begitu besar, namun mencukupi bagi menampung keperluan penggunaan hariannya.

Berdasarkan penggunaan harian saya dengan tablet ini, didapati ia mampu bertahan selama dua hari sebelum perlu dicaskan semula. Penggunaan pada ketika itu tidaklah terlalu berat kerana dalam kebanyakan masa saya menggunakannya untuk tujuan melayari laman web, media sosial dan sekali sekala menonton Netflix.

Ini mungkin juga disebabkan oleh faktor tablet berkenaan menggunakan sambungan Wi-Fi kerana model untuk ulasan yang diterima ini merupakan model Wi-Fi sahaja. Saya tidak merasakan prestasi bateri yang sama dapat dihasilkan jika menggunakan model 4G LTE.

Cuma terdapat sedikit kekurangan dari segi tempoh mengecas tablet ini. Kadar maksimum mengecas Samsung Galaxy Tab A8 ini adalah hanya 15W sahaja. Dalam tempoh 45 minit, saya mendapati paras yang dapat dipenuhkannya adalah sekitar 20%. Untuk memenuhkannya pula, ia akan mengambil masa lebih dari empat jam.Samsung-Galaxy-Tab-A8-1

Walaubagaimanapun, untuk model ini Samsung telah menyediakan palam pengecasnya bersama-sama seutas kabel USB-C. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan pengecasnya.

Keperluan untuk mengecas tablet ini pada kebiasaannya tidak menggitu mendesak sebagaimana keperluan untuk kita mengecas telefon pintar. Dalam kebanyakan masa, tablet biasanya digunakan secara santai ketika di rumah. Jarang untuk dilihat penggunaan tablet digunakan di luar rumah memandangkan saiznya yang tidak boleh dimuatkan ke dalam kocek seluar.

Kuasa pemprosesan Samsung Galaxy Tab A8

Pemilihan cipset Unisoc Tiger T618 pada tablet ini membuatkan saya agak meragui prestasinya memandangkan amat jarang untuk menemukan peranti yang menggunakan cipset tersebut bagi pasaran Malaysia. Secara tidak langsung, saya sedikit sebanyak akan membandingkannya dengan Snapdragon 662 yang digunakan pada Galaxy Tab A7.

Namun keraguan berkenaan segera hilang ketika saya menggunakan tablet berkenaan. Bagi penggunaan biasa secara santai seperti melayari laman web, penggunaan media sosial dan tontonan media penstriman, prestasi yang ditawarkan oleh Galaxy Tab A8 dengan Unisoc Tiger T618 ini didapati menawarkan prestasi yang baik. Batas cipset ini bagaimanapun mula teruji apabila saya memainkan beberapa permainan mudah alih yang memerlukan spesifikasi tinggi.Samsung-Galaxy-Tab-A8-6

Tablet ini mampu dikendalikan dengan lancar apabila melibatkan penstriman video, bertukar-tukar penggunaan aplikasi atau membuka beberapa aplikasi secara serentak. Anda juga masih lagi boleh memainkan beberapa permainan mudah alih yang ringan-ringan. Namun, untuk permainan yang berat keperluan spesifikasinya seperti Genshin Impact atau Call Of Duty: Mobile, tablet ini tidak begitu sesuai untuk tujuan tersebut.

Terdapat juga sedikit ‘lag’ apabila anda ingin memulakan semula tablet ini selepas ditinggalkan tidak aktif selama satu atau dua hari. Namun, kebiasaannya penggunaan tablet ini kembali lancar selepas itu.

Kekurangan RAM yang dibekalkan iaitu 3GB sahaja juga memberikan kesan terhadap sejumlah aplikasi melahu (idle) yang boleh dibuka. Kapasiti storan sebanyak 32GB juga mungkin dirasakan agak terhad jika anda ingin memuat turun kandungan seperti Netflix untuk ditonton secara offline. Pun begitu, anda masih boleh menggunakan slot kad mikroSD yang disediakan untuk penambahan sehingga 1TB untuk tujuan penyimpanan tambahan.

Lain-lain ciri Samsung Galaxy Tab A8

Kamera depan dan belakang

Sungguhpun tablet ini menyediakan kamera 8MP pada bahagian belakangnya dengan rekaan semula baharu, ia masih lagi merupakan kamera untuk tablet. Foto dan video yang dihasilkan adalah sekadar boleh dilihat dan boleh dijadikan rujukan untuk kegunaan umum sahaja. Manakala kamera hadapan 5MP yang disediakan pula mencukupi untuk tujuan panggilan video.

Audio

Samsung Galaxy Tab A8 menyediakan tetapan audio yang mantap melalui penawaran empat pembesar suara dengan penalaan Dolby Atmos. Bunyi yang dikeluarkan mampu dikuatkan tanpa menjejaskan audionya sehingga pecah.

Tablet ini juga menyediakan bicu audio yang ditempatkan pada bahagian bucunya. Penambahan ini adalah sesuatu yang bagus sungguhpun kedudukannya itu sendiri dibimbangi menyebabkan bicu yang dicucuk mudah tertanggal.

Ketersambungan

Model Samsung Galaxy Tab A8 yang ditawarkan di pasaran Malaysia menyokong Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.0. Buat masa ini, tiada model 4G LTE yang ditawarkan bagi pasaran tempatan.

Antara muka One UI

Tidak banyak perubahan yang dibawakan pada One UI versi tablet. Namun, penggunaan Samsung Kids dapat dimanfaatkan dengan lebih baik melalui paparannya yang lebih besar ini. Melalui fungsi ini anda dapat memberikan lebih kebebasan untuk anak-anak anda menikmati permainan-permainan yang selamat selain dapat membantu anda memantau tempoh penggunaan peranti anak-anak anda.

Aplikasi lain seperti Samsung Note juga kini lebih baik dengan anda dapat memanfaatkan ruangan paparan yang besar. Anda boleh membahagikan paparan skrin anda kepada ruangan menyalin nota dan juga bahan bacaan anda seperti e-book, e-mail dan sebagainya.

Jaminan Perisian

Galaxy Tab A8 dijangka akan ditawarkan dengan dua kemaskini utama sistem operasi Android, iaitu sehingga Android 13. Dalam pada masa yang sama, tablet ini juga dijadualkan untuk menerima kemaskini tahunan empat kali setahun selama empat tahun.

Kesimpulan ulasan Samsung Galaxy Tab A8

Samsung Galaxy Tab A8 tidak menyediakan penambahbaikan besar berbanding model yang terdahulu sebelumnya. Tablet yang dibina kemas ini masih lagi mampu menawarkan prestasi yang bagus terutamanya yang melibatkan penggunaan tontonan media penstriman dan juga secara santai.

Slot ruangan tambahan melalui kad mikroSD sehingga 1TB juga boleh dimanfaatkan bagi tujuan simpanan tambahan seperti foto, video dan juga fail-fail dokumen lain.

Sokongan untuk tempoh masa yang panjang sehingga dua kemaskini Android utama dan kemaskini keselamatan selama empat tahun juga merupakan sesuatu yang amat diraikan. Amat jarang komitmen sebegini ditawarkan pada model tablet berharga mampu milik.

Tolak tepi soal kamera kerana amat jarang sesebuah tablet mengetengahkan dengan kuasa fotografinya, tablet ini mampu menawarkan penggunaan yang mantap untuk seisi keluarga.

Fungsi Samsung Kids yang disediakan boleh dimanfaatkan bagi kegunaan yang lebih selamat untuk anak-anak disamping memudahkan ibu bapa memantau tempoh penggunaan skrin.

Secara ringkasnya, Samsung Galaxy Tab A8 ini sesuai untuk digunakan sebagai tablet pemula untuk kanak-kanak dan juga medium tontonan kandungan penstriman seisi keluarga. Jika anda sedang mencari tablet Android yang mantap dengan harga mampu milik, Samsung Galaxy Tab A8 merupakan pilihan anda.

Promosi Galaxy Tab A8 dan Samsung Roaring Galaxy Deals

Bersempena pelancarannya, Samsung turut menyediakan dua cenderamata percuma untuk pembeliannya bermula dari hari ini sehingga 28 Februari 2022. Penawaran ini merangkumi Clear Edge Cover bernilai RM99 dan perlindungan Samsung Care+ selama satu tahun bernilai RM110, selagi stok masih ada.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Tab A8, layari https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/

Maklumat lanjut mengenai promosi Galaxy Tab A8, layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/

Samsung-Galaxy-Tab-A8-Malaysia

Samsung Malaysia juga menawarkan Ang Pow e-baucar dan ganjaran bernilai hebat di Samsung Online Store dan outlet-outlet yang menyertai bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2022. Promosi ini sudah bermula sejak 7 Januari 2022 lalu dan akan tamat pada 27 Februari 2022.Unleash-Your-Inner-Tige-[...]-Roaring-Galaxy-Deals!_visual

Anda juga boleh menikmati tawaran hebat ini dengan pembelian Samsung Galaxy Tab A8 di platform-platform terpilih selagi stok masih ada.

Produk Cenderahati percuma Kuantiti Penebusan
Galaxy Tab A8 Clear Edge Cover RM137 2,500 Ambil di kedai ketika pembelian
RM38 E-Voucher Angpow Penebusan melalui Samsung Redemption Management System

Anda boleh menebus ang pow berkenaan menerusi portal Samsung Redemption System (RMS).

Layari pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Promosi Tahun Baru Cina Samsung Malaysia 2022: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/cny-2022/

Artikel sebelum iniMark Zuckerberg kini jatuh di tangga ke-14 senarai Manusia terkaya di dunia
Artikel seterusnyaPengasas Xiaomi mahu cabar Apple dalam pasaran Telefon Premium Global
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.