Utama Komputer Microsoft anggap Windows 7 sudah lapuk, gesa pengguna beralih ke Windows 10

Microsoft anggap Windows 7 sudah lapuk, gesa pengguna beralih ke Windows 10

787
1

Microsoft pada Isnin lalu mengingatkan kepada pengguna Windows 7 bahawa sokongan yang dapat diberikan terhadap sistem operasi berkenaan hanyalah tingga sekitar tiga tahun sahaja lagi. Menurut Microsoft, sistem operasi berkenaan sudah dianggap lapuk dan “terlalu ketinggalan zaman” serta menyeru kepada pengguna agar menaik taraf ke Windows 10.

Sokongan yang diberikan melalui apa yang dinamakan sebagai Extended Support akan terus disediakan sehinggalah 14 Januari 2020 dan selepas itu tiada lagi sokongan akan diwujudkan untuk Windows 7.

Menurut Markus Nitschke, Pengurus Microsoft Jerman, Windows 7 dihasilkan dengan rekabentuk keselamatan yang telah lapuk. Tambah beliau lagi di dalam blog Microsoft bahasa Jerman, sistem operasi berkenaan tidak menepati keperluan teknologi moden dan juga keperluan keselamatan bahagian IT setiap organisasi.

Pada masa yang sama, Nitschke memuji Windows 10 yang menawarkan ciri keselamatan yang lebih baik dan juga kefungsian yang lebih bagus.

Benda puji benda baru, kutuk benda lama ni memang dah jadi mainan Microsoft. Dulu masa nak gantikan Windows XP pun sama jugak. Punyalah Microsoft memuji-muji produk terbaru, konon lebih ramai yang akan beralih dari Windows XP ke sistem operasi yang lebih baru. Tapi tak jalan jugak.

Ye la, dah hilang akal ke hapa nak gantikan Windows XP dengan Vista. Lama sikit bila keluar Windows 7 barulah ramai yang beralih. Itupun, dah sedap orang pakai Windows 7, Microsoft suruh tukar guna Windows 8. Tapi masalahnya, Windows 8 ni harap lawo je lebih. Pakainya tak sedap, tak serupa Windows 7. Ini ada Windows 10 ni baru la OK sedap sikit banding dengan Windows 8 dengan Windows 8.1 yang serabut dengan Metro UI dia tu.

Walaupun Microsoft berusaha gigih menggalakkan pengguna bertukar ke Windows 10, cubaannya masih lagi dilihat lemah memandangkan jumlah pengguna PC yang menggunakan Windows 7 di seluruh dunia masih lagi menguasai 53 peratus, menurut analisis dari Net Applications. Nampaknya, macam lambat lagi Windows 7 ni nak pupus.

Sumber berita diperoleh dari ZDNet

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.