Utama Perkakasan Dell Dell XPS 15 dengan processor Intel Kaby Lake dan GTX 1050 kini...

Dell XPS 15 dengan processor Intel Kaby Lake dan GTX 1050 kini hadir ke Malaysia

778
0

Dell baru-baru ini membawakan laptop model terbaru ke pasaran Malaysia, XPS 15 seiring dengan pelancaran tiga buah laptop Alienware model terkini dan Inspiron 15 7000 model gaming yang diumumkan semalam.

Antara perkakasan yang diperkenalkan pada XPS 15 model-model terbaru ini adalah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 4GB GDDR5 berserta pemprosesan terbaru Intel Core i5-7300HQ dan Intel Core i7-7700HQ. ikut spec mana yang dipilih.

Dari segi RAM, XPS 15 hadir dengan RAM 8GB DDR4-2400 dan sungguhpun begitu, ia mampu menyokong penambahan RAM sehingga 32GB. Untuk spec Intel Core i5, model ini menawarkan storan SSD PCIe 256GB dan paparan sesentuh 4K 15.6 inci. Manakala untuk spec Intel Core i7 pula, ia menawarkan storan SSD PCIe sehingga 512GB dan RAM 16GB DDR4-2400. Serta turut mempunyai paparan sesentuh yang sama dengan spec Intel Core i5.

Harga yang ditawarkan adalah bermula pada RM7,018 dan untuk waktu yang terhad ini, Dell Malaysia menawarkan potongan harga RM319. Justeru, menjadikan harganya RM6,699.

Sumber berita diperoleh dari Dell Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.