Utama Mobile Android Super Mario Run akan hadir ke Android Mac ini

Super Mario Run akan hadir ke Android Mac ini

1083
0

Super Mario Run, usaha pertama Nintendo di dalam arena permainan telefon pintar akan hadir ke peranti Android sekitar Mac ini. Pengumuman telah dibuat melalui Twitter dan sebelum ini pengguna-pengguna iOS telah lama menikmati judul permainan keluaran Nintendo ini.

Persoalannya, adakah usaha Nintendo ke arah permainan telefon pintar ini berbaloi? Syarikat permainan dari Jepun yang mempopularkan siri Mario ini telah digembar-gemburkan akan menuju ke permainan telefon pintar selama bertahun-tahun. Melalui usaha sulungnya terhadap judul Super Mario Run ini, didapati hanya 3 peratus sahaja dari kesemua pemainnya yang membayar untuk mendapatkan keseluruhan judul permainan berkenaan. Baki lagi 97 peratus, main free je.

Siri Mario masih lagi popular. Cuma, percubaan Nintendo ke dalam platform peranti mudah alih seperti iOS masih lagi kelihatan agak perlahan pada peringkat ini. Tak tahulah kalau dah ada kat Android nanti macam mana keadaannya nanti. Mungkin siapa tahu yang peratusan pengguna yang membeli judul penuh permainan berkenaan akan meningkat nanti.

Pengguna-pengguna Android yang tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti kehadiran Super Mario Run ke Android boleh mendaftar untuk mendapatkan pemberitahuan tentangnya.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.