Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Microsoft umumkan Copilot, Pembantu Peribadi berkuasa AI untuk Windows

Microsoft umumkan Copilot, Pembantu Peribadi berkuasa AI untuk Windows

252
0

Menerusi Surface Event yang berlangsung baru-baru ini, Microsoft telah mengumumkan pembantu peribadi dengan kecerdasan buatan (A.I.), Copilot. Fungsi berkenaan akan diintegrasikan ke dalam pelbagai aplikasi Windows 11 menerusi kemaskini kepada pengguna.

Copilot akan meminta izin daripada pengguna untuk mengakses data-data daripada aplikasi seperti Calendar, Mail dan sebagainya secara dokumen-dokumen di dalam Windows. Ia seterusnya akan membantu pengguna menjana teks, emel dan juga memberikan saranan dalam masa nyata.

Fungsi ini juga akan muncul secara lalai di dalam aplikasi Windows 11 seperti Photos dan Paint. Pembantu peribadi ini juga boleh menggunakan konteks dari aplikasi mudah alih Bing dan Edge.

Copilot dijadualkan akan diterbitkan bermula pada 26 September menerusi kemaskini Windows 11 23H2 dan boleh diakses terus dari desktop dengan menggunakan gabungan papan kekunci ‘Win ⊞ + C’

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.