Utama Mobile Aplikasi Cara menonton Sukan Asia 2022 Hangzhou secara Online

Cara menonton Sukan Asia 2022 Hangzhou secara Online

262
0

Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China telah mula berlangsung dari 23 September 2o23 dan akan tamat pada 8 Oktober 2023. Temasya sukan paling berprestij di Asia ini pada asalnya telah dijadualkan pada 10 hingga 25 September 2022. Namun telah ditunda berikutan peningkatan kes COVID-19 di China pada ketika itu.

Acara pembukaan gilang-gemilang telah diadakan di Stadium Olimpik Hangzhou, China yang mampu memuatkan seramai 80,000 penonton. Di dalam acara tersebut, kontinjen Malaysia yang diwakili seramai 50 orang terdiri daripada 28 atlet serta 22 pegawai berarak masuk ke stadium. Barisan kontinjen negara dipimpin jaguh berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan pemain skuasy wanita, S. Sivasangari selaku pembawa Jalur Gemilang.

Malaysia mensasarkan kutipan sebanyak 27 pingat keseluruhan yang diketuai oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt.

Di daiam edisi sebelum ini pada 2018 yang diadakan di Jakarta-Palembang, Indonesia, Malaysia telah meraih 36 buah pingat keseluruhan merangkumi 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa.

Cara menonton Sukan Asia 2022 Hangzhou Live

Anda yang ingin mengikuti siaran langsung temasya Sukan Asia 2022 Hangzhou boleh mengakses secara dalam talian di sukanasia2022.rtm.gov.my. Sebanyak enam saluran disediakan khusus untuk para penyokong pasukan Malaysia dan peminat sukan tempatan bersempena temasya ini.

Selain RTM, Astro juga menyediakan liputan komprehensif 18 jam setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam serta enam saluran definisi tinggi (Saluran HD 785-790) untuk pelanggan pek sukan Astro. Bagi pelanggan yang tidak melanggan pek tersebut, Astro Arena (Saluran HD 801) turut membawakan perkembangan lebih dekat aksi atlet negara yang juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro GO.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.