Utama Android Samsung Kelebihan Flex Window Samsung Galaxy Z Flip 5

Kelebihan Flex Window Samsung Galaxy Z Flip 5

260
0

Samsung Galaxy Z Flip 5 membawakan pelbagai penambahbaikan untuk siri Z Flip ini hingga menjadikan ia sebagai salah satu telefon pintar boleh lipat terbaik tahun 2023. Antara ciri yang paling mencuri tumpuan pada model keluaran tahun ini tentunya pada skrin penutupnya (cover screen) yang dinamakan sebagai Flex Window oleh Samsung.

Ia lebih besar jika dibandingkan dengan Galaxy Z Flip 3 dan Z Flip 4 dengan berukuran 3.4-inci. Oleh kerana skrin penutupnya lebih besar, lebih banyak fungsi yang dapat disediakan olehnya selain dapat menyerlahkan peribadi pemiliknya.

Jika anda ingin tahu apa yang boleh dibuat dengannya, ikuti artikel ringkas kami mengenai kelebihan skrin penutup Galaxy Z Flip 5 menggunakan ciri One UI yang terbina di dalammnya.

Lebih banyak widget, lebih banyak muka jam tersuai

Skrin penutup yang lebih besar pada Galaxy Z Flip 5 menjadikan widget-widget di dalamnya lebih banyak menawarkan fungsi. Ia mengambil ruang di dalam Flex Window dengan memainkan peranan seolah-olah aplikasi “mini”.

Misalnya widget Kalendar mengambil seluruh ruang skrin berkenaan secara lalai bagi menunjukkan aktiviti harian bersama-sama acara atau aktiviti akan datang yang dijadualkan.

Begitu juga dengan widget lain seperti Cuaca (Weather) dan Samsung Health. Anda boleh menatal widget-widget berkenaan untuk melihat apa yang anda mahu paparkan. Ia berbeza dengan cara biasa widget dipaparkan yang mengambil sebahagian skrin dan menunjukkan sekali imbas maklumat sebelum boleh diperbesarkan paparannya dengan mengetik padanya.

Skrin yang besar juga membolehkan anda mempunyai muka jam yang lebih besar. Anda boleh memilih dari dari pelbagai rekaan yang tersedia serta mengubahsuai dengan lebih lanjut pada jenis font, warna dan banyak lagi.

Bagaimanapun, anda hanya boleh memilih sejumlah widget yang dikuasakan oleh aplikasi-aplikasi samsung. Buat masa ini anda tidak boleh menambah widget tersuai dari aplikasi-aplikasi lain.

Menaip dengan papan kekunci lengkap

Antara kelebihan mempunyai skrin penutup yang lebih besar untuk Galaxy Z Flip 5 kali ini turut melibatkan kelebihan menggunakan papan kekunci QWERTY yang lengkap.

Penambahbaikan ini adalah amat ketara jika dibandingkan dengan model terdahulu yang terhad hanya mampu memberikan balas dalam bentuk jawapan pra-set atau emoji.

Papan kekunci untuk skrin penutup ini bagaimanapun hanya terhad dengan Samsung Keyboard sahaja. Ia akan ditetapkan secara lalai walaupun anda menggunakan papan kekunci pihak ketiga seperti Gboard pada Galaxy Z Flip 5 anda.

Menjalankan aplikasi-aplikasi Android

Tidak seperti desas-desus sebelum ini mengenai Galaxy Z Flip 5, skrin penutup telefon pintar boleh lipat ini mampu menjalankan aplikasi Android.

Secara lalai (default), fungsi ini tidak diaktifkan.

Namun, anda boleh menggunakan pilihan ‘Labs’ di dalam Setting untuk membolehkan aplikasi dijalankan sepenuhnya pada skrin luaran.

Pilihan aplikasi-aplikasi yang disokong buat masa ini masih lagi terhad dan dijangka ia akan diperluaskan lagi melalui kemaskini baharu yang akan datang. Berikut anda aplikasi-aplikasi yang boleh anda jalankan pada Flex Window:

  • Samsung Messages
  • Google Messages
  • WhatsApp
  • Google Maps
  • Netflix
  • YouTube

Aplikasi-aplikasi ini boleh dijalankan dan digunakan seperti biasa. Cuma ia bersaiz kecil sahaja. Youtube dan Netflix pastinya tidak sesuai digunakan kerana ia lebih baik pada skrin yang lebih besar. Namun untuk aplikasi lain seperti komunikasi (WhatsApp) atau navigasi (Google Maps) ia dikira boleh digunakan.

Jika anda berhasrat mencuba lebih banyak aplikasi menerusi Flex Window Galaxy Z Flip 5, anda mungkin boleh mencuba aplikasi Good Lock. Di dalamnya, pilih modul MultiStar dan pilih I Love Galaxy Foldable.

Swafoto yang lebih menarik

Akhir sekali, apalah guna skrin penutup yang besar jika tidak menggunakannya sebagai pemidang tilik (viewfinder) swafoto melalui kamera belakangnya. Seperti kebanyakan telefon pintar konvensional lain di pasaran, kamera belakang yang mengandungi kamera utama pada kebiasaannya lebih baik kualitinya jika dibandingkan dengan kamera hadapan.

Melalui dwi-kamera 12MP pada Galaxy Z Flip 5, anda boleh memanfaatkannya dengan mengambil swafoto yang lebih cun.

Faktor bentuk boleh lipatnya juga memudahkan swafoto diambil dengan pelbagai cara seperti menjadikannya seperti cagak (stand) dan menangkap gambar dengan menggunakan gestur.

Harga Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Samsung Galaxy Z Fold 5 di Malaysia

Anda yang berminat untuk mendapatkan siri Galaxy Z terkini di pasaran Malaysia, boleh mendapatkannya pada harga seperti berikut:

ModelRRPWarnaTawaran
Galaxy Z Fold5 256GBRM6,799Icy Ice, Phantom Black, Cream

Warna Eksklusif Dalam Talian: Grey, Blue

  • Naik taraf Double Storage bernilai RM500 .
  • Beli dari Samsung Online Store untuk mendapatkan sehingga RM600 e-baucar pada pembelian seterusnya.
  • Diskaun sehingga 40% untuk pembelian dengan pembelian pada Aksesori Samsung, Samsung Care+, Tablet Galaxy, Jam Tangan Galaxy dan Siri Galaxy Buds.
  • Rebat tambahan sehingga RM600 di bawah program Perdagangan Dalam Dipertingkat .

*Varian 256GB Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 tidak layak untuk tawaran prapesanan.

Galaxy Z Fold5 512GBRM7,299
Galaxy Z Fold5 1TBRM8,299
Galaxy Z Flip5 256GBRM4,499Mint, Lavender, Cream, Graphite

Warna Eksklusif Dalam Talian: Grey, Blue, Green, Yellow

Galaxy Z Flip5 512GBRM4,999

Maklumat lanjut siri Galaxy Z terkini, layari:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.