Utama Android Samsung Kelebihan Samsung Galaxy A22 4G LTE dari segi paparan dan Fotografinya

Kelebihan Samsung Galaxy A22 4G LTE dari segi paparan dan Fotografinya

19
0

Samsung Galaxy A22 hadir dengan dua model di Malaysia iaitu 4G LTE dan 5G. Kedua-duanya dijual pada harga di bawah RM1,000 dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Dari segi harga, Samsung Galaxy A22 4G LTE adalah murah sedikit harganya, RM899 iaitu kurang RM100 jika dibandingkan dengan Galaxy A22 5G.

Memandangkan pembangunan rangkaian 5G di dalam negara masih lagi belum dapat dilihat dengan jelas hala tujunya pada ketika ini, pemilihan sesebuah telefon pintar tanpa sokongan 5G masih lagi dikira pembelian yang bagus.

Untuk itu, mari kita lihat apakah kelebihan yang dibawakan oleh Samsung Galaxy A22 4G LTE berbanding ‘abang’nya.

Paparan yang cun!

Perbezaan ketara di antara kedua-dua model ini pasti salah satunya pada jenis paparannya. Untuk Samsung Galaxy A22 4G LTE, sungguhpun mempunyai saiz skrin yang sedikit kecil 6.4-inci, ia menawarkan paparan Super AMOLED HD+. Melalui paparan bertakuk Infinity-U, skrin telefon ini juga menyokong kadar penyegaran semula 90Hz.

Secara teknikalnya, skrin Super AMOLED ini pastinya memancarkan warna yang lebih cantik jika dibandingkan dengan skrin LCD TFT. Justeru, paparan visualnya juga kelihatan lebih cantik selain tampak lebih jelas.

Anda dapat menikmati tontonan kandungan yang lebih baik melalui paparan ini sungguhpun ia hanya menyokong resolusi sehingga HD+ sahaja.

Melalui kadar penyegaran semula 90Hz pada skrin ini, penggunaan ketika anda menatal ke bawah menjadi lebih lancar melalui tempoh tindak balas hanya 13.5ms sahaja.

Kamera yang mantap

Seperkara lagi yang membezakan antara kedua-duanya. Kamera Galaxy A22 4G LTE adalah lebih baik berbanding Galaxy A22 5G dari segi fotografi mudah alih.

PIntu masuk Masjid Sultan Mizan Putrajaya
Foto diambil menggunakan kamera ultra lebar Galaxy A22 4G LTE secara menegak

Model A22 4G LTE dilengkapkan dengan sebuah kamera utama 48MP dengan aperture f/1.8 dan sokongan OIS. Melaluinya, anda dapat merakamkan pelbagai kenangan-kenangan manis dengan lebih lancar dan jitu. Faktor saiz sensor yang ditawarkan amat membantu meningkatkan kejelasan foto yang diambil terutamanya apabila anda melakukan zum secara digital.

Anda tidak perlu begitu bimbangkan soal kualiti gambar atau video yang dihasilkan apabila fungsi penstabil imej optikal (OIS) terdapat pada kamera 48MP telefon ini. Hal ini kerana faktor pencahayaan tidak begitu mempengaruhi kualiti foto yang dihasilkan serta teknologi Tetra-Binning turut membantu meningkatkan kualiti foto yang diambil.

Selain itu, Galaxy A22 4G LTE juga mempunyai kamera 8MP (f/2.2), sebuah kamera ultra-lebar 8MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera 2MP untuk makro.

Melalui kamera bersudut lebar dan ultra lebar 8MP padanya, anda dapat mempelbagaikan kreativiti anda merakam gambar. Anda dapat memanfaatkan sebaiknya fungsi kamera ini apabila mengambil foto panorama mahupun gambar berkumpulan.

Bagi anda yang meminati foto potret, kamera Galaxy A22 4G LTE ini juga mampu menghasilkan kesan khas bokeh yang bagus. Ia dapat memberikan kualiti foto yang seakan-akan diambil oleh jurufoto profesional. Fungsi ini ditawarkan melalui sensor kedalaman 2MP yang disediakan bersebelahan dengan kamera-kamera lain dibelakangnya.

Pada sebelah hadapannya pula turut disediakan sebuah kamera swafoto 13MP dengan apertur f/2.2. Kamera ini pun boleh tahan penawarannya. Melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), kamera ini mampu menawarkan swafoto yang berkualiti tinggi dengan imej yang lebih menyerlah. Sudut bukaan yang agak luas pada kamera hadapan ini juga mampu membantu anda mengambil foto secara berkumpulan dengan lebih baik.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy A22 4G LTE ini, harga yang ditawarkannya adalah RM899 sahaja dan boleh didapati menerusi kedai dalam talian Samsung Malaysia: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a22-mint-128gb-sm-a225flgrxme/

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.