Utama Android Nokia Nokia X20 kini di Malaysia; Berharga RM1,599

Nokia X20 kini di Malaysia; Berharga RM1,599

48
0

HMD Global kini telah melancarkan Nokia X20 ke pasaran Malaysia. Telefon 5G peringkat menengah dari Nokia ini pada awalnya telah diperkenalkan pada April lalu.

Dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 480, telefon ini menampilkan paparan Full HD+ 6.67-inci yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5. Untuk pasaran Malaysia, Nokia X20 hadir dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Dari sudut fotografinya, Nokia X20 menawarkan kamera utama 64MP bersama-sama ultra lebar 5MP dan kamera kedalaman 2MP untuk konfigurasi tri-kameranya.

HMD Global menggunakan khidmat ZEISS bagi penghasilan optik kamera belakangnya yang turut menawarkan kesan khas ZEISS Portrait.

Untuk swafotonya, terdapat sebuah kamera 32MP yang ditempatkan di tengah sebelah atas paparannya. Melengkapkan spesifikasi umum Nokia X20 ini, telefon ini menggunakan bateri berkapasiti 4,470mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Pada harga RM1,599, Nokia X20 kini sedia untuk pra-tempahan sehingga 18 Oktober ini menerusi kedai dalam talian rasmi Nokia Mobile di Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.