Utama Perkakasan Evolusi Tetikus, 8 Tetikus Antara yang Utama dalam Sejarah

Evolusi Tetikus, 8 Tetikus Antara yang Utama dalam Sejarah

2230
4

Penggunaan tetikus dalam penggunaan komputer peribadi adalah sesuatu yang tidak asing lagi di dalam kehidupan yang amat bergantung dengan teknologi maklumat seperti hari ini. Ia sudah dianggap sebagai satu kebiasaan. Melainkan anda adalah pemain game pro, artis grafik atau sesiapa sahaja yang mementingkan ciri unik tetikus, apa jenis tetikus pun kita tak kisah asalkan ianya boleh digunakan untuk menyiapkan kerja.

Bagaimanapun, kewujudan tetikus bersama penggunaan komputer sudah melalui sejarahnya yang agak panjang. Penghasilannya pada peringkat awal tentunya tidak sama seperti yang kita peroleh dan gunakan pada masa kini. Oleh itu, jom kita lihat sebahagian tetikus yang pernah dihasilkan dan menjadi titik perubahan evolusi tetikus

Petunjuk Kedudukan X-Y untuk sistem paparan

X-Y IndicatorPada tahun 1957, Douglas Engelbart, Ph.D., adalah seorang jurutera cemerlang dan tekun yang sedang menyandang jawatan di Stanford Research Institute. Enam tahun kemudian, pada tahun 1963, Engelbart telah mencipta peranti penjejak yang kemudiannya dipatenkan sebagai, ”X-Y Position Indicator For A Display System” (atau Petunjuk Kedudukan X-Y untuk Sistem Paparan).

Peranti tersebut mengandungi dua cakera berserenjang untuk pergerakan pada monitor, dua potentiometer yang berkoresponden, satu butang pada kedudukan atas dan satu bekas kayu yang melindungi komponen-komponen itu tadi. Secara tidak langsung, Engelbart telah menghasilkan tetikus pertama yang seterusnya menjadi petunjuk kepada penghasilan tetikus generasi yang terkemudian.

Telefunken Rollkugel

Telefunken RollkugelPetunjuk Kedudukan X-Y hasilan Engelbart masih belum diketahui oleh khalayak ramai walaupun disaat kemunculan Telefunken Rollkugel ke pasaran. Gergasi elektronik berpengkalan di Berlin, Telefunken memperkenalkan tetikus yang pertama kalinya menggunakan bebola pada tahun 1968.

Ia adalah komponen tambahan untuk digunakan bersama komputer kerangka TR-440 yang besarnya mampu memenuhkan keseluruhan sebuah bilik tidur.

Sesuatu yang menarik tentang rekaan tetikus berasaskan bebola ini adalah, Telefunken ‘lupa’ untuk mempatenkannya.

Tetikus Xerox Alto

Xerox AltoDalam membincangkan tetikus, nama seperti Bill English tidak harus dilupakan. Beliau adalah jurutera yang membantu merealisasikan impian yang terbit dari tetikus protaip Petunjuk X-Y dari Engelbert kepada tetikus yang lebih sesuai digunakan.

Tetikus yang kedua menggunakan konsep bebola ini dibangunkan di fasiliti R&D PARC milik Xerox. Ia berbeza dengan tetikus bebola Telefunken yang mirip bola sepak itu. Sebaliknya, rupa luarannya lebih kepada tetikus moden hari, cuma bezanya ia hadir dengan tiga butang.

Tetikus Apple Lisa

Apple LisaApple sebelum mencapai tahap kegemilangannya seperti hari ini turut sama pernah meniru idea pihak lain. Pernah diriwayatkan pada tahun 1970’an, orang-orang Apple pernah membuat lawatan sambil belajar ke fasiliti penyelidikan PARC Xerox.

Hasil dari lawatan tersebut, Apple telah mendapat ‘ilham’ untuk merekabentuk tetikus baharu berdasarkan rekabentuk tetikus hasilan Bill English. Rekaan tetikus yang telah ditambahbaik oleh Apple ini digunakan untuk komputer desktop keluaran Apple, Lisa.

Walaupun jualan Apple Lisa tidak memberangsangkan, rekaan tetikus untuk kegunaan Lisa ini menjadi salah satu titik perubahan dalam rekabentuk tetikus untuk generasi yang seterusnya.

Tetikus optikal pertama

First Optical MouseTetikus optikal pertama yang berjaya di pasaran hanya muncul sesudah millenium, namun para penyelidik sains komputer telah lama menemukan teknologi ini lama sebelum kewujudan tetikus bebola di pasaran.

Konsep ini mula diilhamkan oleh Richard Lyon di Xerox dengan menggunakan pengesan imej dan diintegrasikan dengan pengesan pergerakan. Dipendekkan cerita, pada tahun 1981, seorang jurutera muda yang kreatif, Steve Kirsh mula memikirkan alternatif yang lebih murah dan berkesan melalui penggunaan cahaya infra merah LED dan pengiraan algorithm.

Walaupun idea Richard Lyon berkenaan tetikus optikal ini sukar diterima pada peringkat awal, namun perubahan yang dilakukan oleh Steve Kirsh, lama kelamaan telah diterima sebagai satu alternatif yang lebih baik dari tetikus bebola.

Tetikus Metaphor

Metaphor Computer SystemPARC Xerox sekali lagi memainkan peranan besar di dalam evolusi tetikus. Kali ini melalui penghasilan Metaphor Computer Systems.

Ciri unik sistem komputer ini adalah komponen-komponen peripheralnya – papan kekunci, tetikus dan sebagainya – berhubung secara tanpa wayar. Ia menggunakan teknologi infra merah yang sama seperti yang digunakan pada alat kawalan jauh televisyen.

Menariknya disini adalah Logitech pada peringkat awal penubuhannya telah terlibat dalam merekabentuk tetikus tanpa wayar.

Cuma masalahnya disini adalah, gelombang infra merah ini memerlukan pancaran yang lancar tanpa sebarang halangan antara penerima dan pemancar untuk membolehkan ianya digunakan dengan baik. Masalah ini telah mengakibatkan sistem komputer Metaphor menemui kegagalan kerana amat sukar untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci infra merah ini tanpa halangan di antaranya peranti tersebut dengan penerimanya.

Sistem tetikus ProAgio

Mouse System Pro AgioPenghasilan tetikus mempunyai trendnya yang tersendiri. Ambil contoh tetikus yang pernah dihasilkan oleh Mouse Systems yang diberi nama ProAgio. Ia adalah tetikus pertama seumpamanya yang mempunyai butang scroll.

Selain itu, ciri pelbagai butangnya adalah sesuatu yang unik dipeloporinya dan menjadi ikutan pengeluar-pengeluar tetikus khas untuk gaming seperti Razer, Logitech dan lain-lain.

Kehadirannya pada tahun 1995 tidak diendahkan hanya kerana ia dihasilkan oleh syarikat kecil sehinggalah kemunculan…

Lazada Malaysia

Microsoft IntelliMouse

Microsoft IntellimouseSetahun selepas kemunculan tetikus revolusioner Mouse System ProAgio yang tidak diendahkan, Bill Gates dan rakan-rakan menggemblengkan usaha pemasaran memperkenalkan tetikus baharu keluaran Microsoft, IntelliMouse. Ia dikhabarkan sebagai pemudahcara terbaik dalam menggunakan Microsoft Office, melayari internet dan juga bermain permainan video.

Dan tetikus ini sememangnya menepati janjinya. Kemunculannya menjadi penanda aras kepada tetikus-tetikus generasi yang terkemudian dan sehingga kini baik dari segi reka bentuk dan butangnya termasuk ciri scrolling yang telah mengubah cara kita menggunakan komputer.

4 KOMEN

  1. Tengok komputer lama tu teringat waktu belajar Dbase kat makmal sekolah dulu. Semua ilmu tu dah tak boleh guna sbb kemajuan teknologi huhu. Evolisi tetikus ni menarik… baru saya tau. Klu tak cuma tau nak tengok kecantikan dan kecanggihan tetikus je. Thanks sharing SY.. 🙂

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.