Utama Mobile Telco Senarai Pakej-Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh Telco

Senarai Pakej-Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh Telco

344
0

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia akan menawarkan pakej Remaja Keluarga Malaysia bermula dari hari ini, 15 Oktober 2021.

Disasarkan untuk menyediakan internet mampu milik untuk kegunaan harian dan pembelajaran dalam taian, para belia boleh menikmati data 20GB untuk 3 bulan dengan RM30. Inisiatif ini dijalankan untuk selama 6 bulan sehingga 15 April 2022.

Data 20GB untuk RM30 selama 3 bulan

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pelan khusus untuk para belia dan pelajar ini turut didatangkan dengan internet asas tanpa had. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menebus data harian 1GB percuma pada setiap hari.

Telefon 4G percuma dengan VoLTE

Selain itu, setiap isi rumah juga boleh mendapatkan telefon 4G LTE baharu dengan sokongan VoLTE secara percuma. Peranti percuma yang ditawarkan adalah berkontrak dengan komitmen bulanna serendah RM40/bulan.

Pakej ini juga akan diikat dengan kontrak untuk tempoh sama ada selama 12 bulan atau 24 bulan. Pengguna yang menebus pakej peranti juga layak untuk mendapatkan data harian 1GB percuma untuk kegunaan produktiviti.

Syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia telah menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan Pakej Keluarga Malaysia masing-masing. Berikut:

Pakej Keluarga Malaysia Celcom

Celcom memperkenalkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dengan Pas Internet 20GB pada harga RM30 yang boleh digunakan selama 90 hari. Pakej ini juga turut merangkumi data harian untuk kegunaan produktiviti sebanyak 1GB pada setiap hari.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia Celcom pula menawarkan telefon Nokia 225 4G pada kadar RM38 sebulan sepanjang kontrak 12-bulan. Pelan ini juga menyediakan data 7GB untuk pakej asasnya.

Telefon pintar bajet juga disediakan pada kadar RM58/bulan dengan kontrak selama 24-bulan bersama-sama data bulanan 15GB. Telefon-telefon pintar yang ditawarkan bagi pakej ini adalah:

  • Samsung Galaxy A02
  • Samsung Galaxy A03s
  • realme C11
  • realme C21
  • OPPO A15
  • Vivo Y1s
  • Vivo Y12s

Pakej Keluarga Malaysia Maxis/Hotlink

Untuk Pakej Remaja Keluarga Malaysia, Hotlink menawarkan pakej asas data 20GB untuk RM30 yang sah digunakan untuk selama 90 hari.

Berbanding pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain, Hotlink hanya menawarkan pakej ini sehingga 15 Mac 2022, berbanding syarikat lain yang menawarkan sehingga 15 April.

Untuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula, Hotlink menawarkan pilihan peranti realme C21 atau Vivo Y12s untuk pakej berharga RM60 sebulan. Ia hadir bersama-sama Pelan Hotlink Postpaid 60 30GB dengan kontrak 24-bulan.

Selain dua peranti berkenaan, Hotlink turut menawarkan pakej peranti Vivo Y20 dengan bayaran pendahuluan RM99. Turut ditawarkan peranti OPPO A54 atau realme C25s dengan bayaran pendahuluan RM199.

Pakej Keluarga Malaysia U Mobile

U Mobile menawarkan pakej data 20GB berharga RM30 untuk tempoh 90 hari menerusi Pelan Remaja KM30. Ia juga ditawarkan bersama-sama data harian 1GB khusus untuk produktiviti.

Hanya sebuah peranti ditawarkan bagi Pakej Peranti Keluarga Malaysia U Mobile ini iaitu Samsung Galaxy A02. Harga yang ditawarkan pakej ini adalah RM40 sebulan dengan data bulanan 5GB dengan kontrak 12-bulan. Turut diperuntukkan, 50 minit panggilan percuma disediakan pada setiap bulan menerusi pakej ini.

Pakej Keluarga Malaysia Digi

Pakej Remaja Keluarga Malaysia Digi ini boleh didapati pada harga RM30 untuk tempoh 90 hari dengan data 30GB. Pelan ini bagaimanapun hanya boleh dibeli menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan hanya boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi.

Seterusnya, Pakej Peranti Keluarga Malaysia Digi pula menawarkan data 10GB sebulan dengan kontrak 24-bulan. Peranti yang ditawarkan pula menyediakan pilihan sama ada Samsung Galaxy A02 atau Redmi 9A.

Pakej Keluarga Malaysia Unifi

Unifi juga menawarkan data 20GB pada harga RM30 selama 90 hari. Pas Pakej Remaja Keluarga Malaysia Unifi ini hanya boleh didapati menerusi aplikasi Mobile@unifi. Menurut laman soalan lazimnya, anda yang bukan pelanggan Prabayar #BEBAS, anda perlu membeli pek permulaannya yang berharga RM10.

Untuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia Unifi pula, ia menawarkan dua peranti iaitu Samsung Samsung Galaxy A02 dan vivo Y12s. Kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan pakej RM79 sebulan. Ia turut menyediakan panggilan, SMS, dan data tanpa had bersama-sama kontrak 24-bulan. Walaubagaimanapun, pakej ini hanya dikhaskan pada pelanggan sedia ada Unifi Broadband.

Pakej Keluarga Malaysia Yes

Yes 4G menawarkan pakej yang sama untuk Pakej Remaja Keluarga Malaysia, data 20GB untuk RM30 untuk 90 hari. Sebagai bonus, pengguna juga boleh menebus RM5 apabila berjaya memperkenalkan rakan-rakan untuk melanggan pakej berkenaan.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia Yes menawarkan Samsung Galaxy A02 hanya RM1 dan data bulanan 100GB untuk RM49 sebulan. Pelan ini mempunyai kontrak 12-bulan. Tiada panggilan dan SMS percuma ditawarkan melalui pakej dari Yes ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.