Utama Teknologi Keselamatan K-KOMM rancang perkenalkan Aplikasi Anti-Godam

K-KOMM rancang perkenalkan Aplikasi Anti-Godam

641
0
Perisian Anti Godam K-KOMM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi khusus bagi mengekang aktiviti godaman di dalam negara. Ini berikutan dari insiden pencerobohan sistem iPay88, gerbang pembayaran terbesar di Malaysia yang memberi kesan terhadap sistem pembayaran melalui kad syarikat berkenaan.

Menterinya, Tan Sri Annyar Musa menyatakan satu perjumpaan dengan pemilik aplikasi berkenaan akan diadakan di luar negara tidak lama lagi. Setakat ini beliau tidak menyatakan perincian mengenai aplikasi berkenaan serta cara ia berfungsi.

Beliau menambah CyberSecurity Malaysia (CSM) akan menjalankan kajian terhadap aplikasi berkenaan bagi memastikan ia benar-benar bersedia sebelum dilancarkan di Malaysia. Kos bagi aplikasi berkenaan juga masih belum diumumkan, namun beliau memastikan harganya kelak adalah munasabah.

Lanjutan dari insiden pencerobohan sistem berkenaan, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) memaklumkan para pengguna boleh menggunakan kad-kad mereka seperti biasa. Dalam pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia juga memaklumkan para pemegang kad yang terkesan akan dimaklumkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.