Utama Mobile Aplikasi AirAsia Food perkenalkan Pesanan Makanan Antara Bandar – Order kat Penang, Makan...

AirAsia Food perkenalkan Pesanan Makanan Antara Bandar – Order kat Penang, Makan kat KL

237
0
AirAsia Food Penang to Klang Valley

Bagi anda yang menggemari makanan Pulau Pinang tetapi tinggal di Lembah Klang, Air Asia sedia memenuhi selera anda. Tanpa perlu beratur untuk mendapatkan nasi kandar, anda kini boleh membuat pesanan makanan antarabandar dari Pulau Pinang ke Lembah Klang melalui perkhidmatan AirAsia Food di dalam AirAsia Super App.

AirAsia kini menawarkan perkhidmatan menghantar makanan bermasak yang diterbangkan khas dari Pulau Pinang ke Lembah Klang. Bagaimanapun, penghantaran ini masih lagi terhad dengan hanya sekitar lapan premis makanan yang menyediakannya dengan menu yang amat terhad. Menurut AirAsia, bilangan premis makanan yang akan menyertai perkhidmatan ini dijangka akan bertambah di masa akan datang.

Penghantaran makan pula dilakukan seminggu sekali pada setiap Rabu dengan pesanan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelumnya. Oleh itu, jika anda terlepas memesan pada hari Selasa, anda perlu menunggu pada minggu seterusnya. Pengguna juga ditawarkan pilihan untuk membuat pra-tempahan sehingga 30 hari lebih awal.

Kos bagi setiap penghantaran yang diterbangkan dari Pulau Pinang ini berharga RM5.99 bagi setiap pesanan. Jumlah tersebut termasuk RM2.99 untuk penghantaran biasa ke rumah dan RM3 untuk penghantaran antarabandar.

Perkhidmatan ini hanya ditawarkan bagi pesanan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang sahaja. Untuk hangpa yang dari Pulau Pinang nak pesan makanan dari Lembah Klang pula, buat masa ini perkhidmatan tersebut masih lagi belum disediakan.

Walaupun tawaran ini kelihatan agak menarik, timbul persoalan bagaimanakah keadaan makanan yang diterbangkan tersebut akan diterima oleh pelanggan kelak? Adakah diterima dalam keadaan panas-panas atau sudah menjadi sejuk gedi? Hangpa try la dulu tengok jadi lagu mana.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.