Utama Telco U Mobile U Mobile: Data yang diceroboh bukan baru, diambil dari tahun 2014

U Mobile: Data yang diceroboh bukan baru, diambil dari tahun 2014

136
0

Sekumpulan penggodam baru-baru ini telah membuat hantaran yang menyatakan set-set data untuk dijual yang didakwa kononnya mengandungi data kira-kira empat juta pelanggan U Mobile. Pihak syarikat juga menyatakan siasatan sedang giat dijalankan dan mendapati data yang didakwa diceroboh tersebut bukanlah maklumat terkini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, U Mobile mengambil maklum berhubung dakwaan pencerobohan data tersebut. Namun, berdasarkan siasatan awal mendapati tiada sebarang pencerobohan pada sistem. Data yang didakwa tersebut sebaliknya disyaki dari pencerobohan data di Malaysia pada tahun 2014 dan telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa pada 2017.

Pada ketika itu, pencerobohan tersebut telah membocorkan data sejumlah 46.2 juta nombor telefon dari syarikat telekomunikasi dan pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) di Malaysia.

Turut dibocorkan pada ketika itu data-data dari Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Pesatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) yang mengandugi maklumat-maklumat peribadi.

U Mobile turut menyatakan pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menguruskan perkara ini dan akan memaklumkan perkembangan berdasarkan maklumat yang telah dikenalpasti. Pihak syarikat juga menegaskan tanggungjawab keselamatan data perlu diambil dengan serius.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.