Utama Komputer Apa itu Kod Sumber di dalam Bahasa Pengaturcaraan Komputer?

Apa itu Kod Sumber di dalam Bahasa Pengaturcaraan Komputer?

1399
0
Source Code Kod Sumber Bahasa Pengaturcaraan

Kod sumber merupakan senarai arahan yang boleh dibaca oleh manusia yang ditulis oleh para pengaturcara. Biasanya di dalam program pemprosesan perkataan apabila seseorang pengaturcara itu membangunkan sesebuah program.

Kod sumber ini dijalankan (run) menerusi penyusun (compiler) untuk mengubahkannya ke dalam kod mesin (machine code) yang juga dikenali sebagai kod objek (object code) supaya sesebuah komputer tersebut boleh memahami dan melaksanakan arahan tersebut. Kod objek ini dikhususkan mengandungi sejumlah angka 0 dan 1 (binari) sahaja dan amat sukar untuk dibaca oleh manusia.

Contoh Kod Sumber

Kod sumber dan kod objek merupakan keadaan sebelum dan selepas sesebuah program komputer tersebut disusun (compiled). Bahasa pengaturcaraan yang menyusun kodnya termasuklah C, C++, Delphi, Swift, Fortran, Haskell, Pascal dan banyak lagi. Berikut adalah contoh kod sumber bahasa C:

/* Hello World program */
#include<stdio.h>
main()
{
printf("Hello World")
}

Anda tidak perlu menjadi seorang pengaturcara komputer untuk mengetahui kod ini mempunyai kaitan dengan mencetak (printing) “Hello World.” Pastinya, kebanyakan kod sumber lebih kompleks berbanding contoh yang dinyatakan di atas.

Bukan sesuatu yang aneh untuk sesebuah program perisian mempunyai jutaan baris kod. Sistem operasi Windows 10 misalnya dilaporkan mempunyai kira-kira 50 juta baris kod.

Melesenkan Kod Sumber

Kod sumber boleh wujud sama ada dalam bentuk sumber terbuka mahupun secara proprietari. Kebanyakan syarikat amat menjaga kod sumber program-program yang dibangunkan oleh mereka.

Microsoft Office merupakan contoh kod sumber proprietari. Sesetengah syarikat tidak kisah mengenai kod sumber yang dihasilkan dan dikongsikan secara terbuka melalui internet. Antara contoh kod perisian sumber terbuka adalah perisian Apache OpenOffice.

Kod Bahasa Pengaturcaraan Tertafsir (Interpreted)

Sesetengah bahasa pengaturcaraan seperti JavaScript tidak disusun ke dalam kod mesin kerana ia ditafsirkan (interpreted). Dalam keadaan ini, beza antara kod sumber dan kod objek tidak dapat dilakukan kerana hanya terdapat satu kod.

Kod tunggal ini adlaah kod sumber dan ia boleh dibaca dan disalinkan. Dalam sesetengah keadaan, pembangun-pembangun kod ini mungkin dengan sengaja mengenkripsikannya (encrypted) bagi menghalang dari dilihat.

Bahasa pengaturcaraan yang ditafsirkan termasuklah Python, Java, Ruby, Perl, PHP, Postscript, VBScript dan banyak lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.