Utama Apple iPhone mungkin diwajibkan guna USB-C untuk pengecasan di AS atas desakan dari...

iPhone mungkin diwajibkan guna USB-C untuk pengecasan di AS atas desakan dari Senator

253
0

Baru minggu lepas, Kesatuan Eropah (EU) secara rasminya telah bersetuju untuk mewajibkan port pengecas USB-C sebagai standard pada semua peranti elektronik bermula tahun 2024. Kini, beberapa orang senator-senator di Amerika Syarikat dilihat akan mengikuti jejak langkah tersebut.

Kumpulan berkenaan menggesa Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat untuk melaksanakan dasar yang hampir sama dengan EU bagi mengatasi isu ketiadaan standard bagi pengecasan dan juga aksesori pelbagai peranti lain.

Sepucuk surat gesaan tersebut telah dihantar oleh Gina Raimondo, Setiausaha Perdagangan untuk Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh senator-senator Ed Markey, Elizabeth Warren, dan Bernie Sanders.

Di dalam surat tersebut, ketiadaan standard bagi pengecasan di Amerika Syarikat mengakibatkan lambakan sisa elektronik dan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar. Malah, ia juga membebankan pengguna kerana sukar untuk berkongsikan pengecas.

EU telah mengambil masa bertahun-tahun untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan standard pengecasan untuk semua peranti elektronik ini. Apple sebelum ini agak kurang senang dengan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana mendakwa ia akan menyebabkan lebihan sisa elektronik dan juga menyekat daya inovasi.

SUMBERThe Verge
Artikel sebelum iniTelegram Premium mula ditawarkan hari ini, Harga langganan bulanan RM22.90
Artikel seterusnyaPengecualian SST kereta dilanjutkan 31 Mac 2023 hanya untuk kereta yang ditempah sehingga 30 Jun 2022
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.