Utama Automotif Pengecualian SST kereta dilanjutkan 31 Mac 2023 hanya untuk kereta yang ditempah...

Pengecualian SST kereta dilanjutkan 31 Mac 2023 hanya untuk kereta yang ditempah sehingga 30 Jun 2022

35
0
Tengku Zafrul Menteri Kewangan
Tengku Zafrul Aziz (Imej dari Chuaverena, Wikimedia Commons)

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz baru-baru ini telah mengumumkan pihak kerajaan akan tetap dengan tarikh tamat pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk kenderaan penumpang iaitu pada 31 Jun 2022.

Dilaksanakan sejak 15 Jun 2022, kerajaan telah memperkenalkan pengecualian cukai bagi kenderaan penumpang yang dipasang di dalam negara merangkumi MPV dan SUV dan pengecualian cukai sebanyak 50% bagi CBU yang diimport.

Pada asalnya dijadualkan tamat pada 31 Disember 2020, namun telah dilanjutkan sehingga tiga kali berikutan penularan wabak pandemik. Menurut kementerian, keseluruhan 868,422 unit telah dijual dalam tempoh sejak ia mula diperkenalkan dengan manfaat yang diterima oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM4.7 billion.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan menambah pada ketika ini terdapat sejumlah 264,000 buah unit kenderaan penumpang yang ditempah dalam tempoh pengecualian tersebut yang masih lagi belum diterima.

Ini berikutan pelbagai faktor yang memberi kesan terhadap pengeluaran kenderaan di seluruh dunia seperti pandemik, peperangan di Ukraine dan juga kekurangan bekalan cip global.

Atas sebab itu, menteri berkenaan menyatakan pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh tamat pendaftaraan kenderaan baharu sehingga 31 Mac 2023, seterusnya membolehkan pengguna menerima manfaat dari pengecualian SST ini bagi kenderaan yang ditempah sebelum 30 Jun tahun ini.

Turut dijelaskan, perlanjutan ini merupakan jalan tengah bagi menjaga kepentingan pengguna dan juga kutipan cukai untuk negara. Hal ini kerana hasil dalam negeri perlu dipertingkatkan dalam tempoh pasca pandemik ini bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia dan kemakmuran ekonomi dapat dipelihara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.