Utama Apple iPhone 13 dikatakan akan dilengkapkan dengan cip A15, Skrin ‘Always-on-Display’ 120Hz

iPhone 13 dikatakan akan dilengkapkan dengan cip A15, Skrin ‘Always-on-Display’ 120Hz

486
0

Siri iPhone yang akan datang, iPhone 13 dikatakan akan hadir dengan cip A15 yang lebih pantas, takuk yang lebih kecil, bateri yang lebih baik, dan skrin 120Hz ‘Always-on-Display’.

Perkembangan terbaru iPhone 13 ini dilaporkan oleh Mark Gurman dari Bloomberg. Minggu lalu, Bloomberg melaporkan Apple telah meminta pembekalnya menghasilkan sehingga 90 juta iPhone baharu untuk musim luruh ini.

Paparan sentiasa terpasang (Always-on-Display, AOD) ini jika benar, memudahkan pengguna melihat maklumat segera seperti jam, notifikasi dan cuaca tanpa perlu mengaktifkan telefon sepenuhnya.

Selain itu, iPhone 13 juga dikatakan akan didatangkan bersama-sama teknologi ProMotion yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat iPhone.

Pastinya, penambahbaikan lain yang dibawakan oleh iPhone 13 kelak seperti cip A15 yang lebih pantas, takuk yang lebih kecil, serta hayat bateri yang dipertingkatkan, mampu meningkatkan mutu kepenggunaan iPhone keluaran baharu berkenaan.

SUMBERBloomberg
Artikel sebelum iniAtlet Sukan Olimpik 2020 Malaysia terima Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik dari Samsung
Artikel seterusnyaPolis Miri guna ‘Steamroll’ lenyek lebih dari 1,000 Mesin Melombong Kripto
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.