Utama Android Samsung Atlet Sukan Olimpik 2020 Malaysia terima Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik...

Atlet Sukan Olimpik 2020 Malaysia terima Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik dari Samsung

99
0

Samsung dikatakan telah memberikan telefon pintar Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik buat para atlet Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Temasya sukan empat tahun sekali ini bakal berlangsung di Tokyo, Jepun pada minggu ini dan atlet dari Malaysia akan turut beraksi bagi memenangi pingat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Telefon edisi khas Galaxy S21 ini telah dilancarkan oleh Samsung pada bulan lepas yang menampilkan keunikan tersendiri dari segi logo dan gambar latar khas.

Pemberian telefon pintar edisi khas Samsung ini telah dikongsikan melalui atlet badminton Malaysia, Aaron Chia. Berdasarkan foto yang dikongsikan oleh beliau, telefon pintar Galaxy S21 edisi khas turut didatangkan dengan putik telinga nirwayar Galaxy Buds Pro.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.