Kebelakangan ini terdapat banyak laporan mengenai usaha membanteras aktiviti perlombongan kritpowang di beberapa buah negara. Baru-baru ini, PDRM telah bertindak memusnah sejumlah lebih dari 1,000 buah mesin melombong kripto di Miri, Sarawak.
Kerja pelupusan dilakukan dengan menggunakan mesin penggelek jalan (steamroll) terhadap mesin-mesin yang bernilai lebih kurang RM 5.3 juta yang dirampas sekitar Februari dan April.
Menurut Bernama, lapan individu telah ditahan kerana menjalankan aktiviti perlombongan menggunakan bekalan elektrik dari Sarawak Energy Berhad (SEB) yang dicuri.
Enam dari suspek telah didakwa dan dikenakan denda sehingga RM 8,000 dan penjara sehingga lapan bulan atas kesalahan mencuri bekalan elektrik.