Utama Google Google Pixel 7 dan 7 Pro kini rasmi; Harga bermula dari $599...

Google Pixel 7 dan 7 Pro kini rasmi; Harga bermula dari $599 (~RM2,777)

993
0
Google Pixel 7 Launched

Mula diacah pada Mei lalu menerusi acara Google I/O, hari ini siri Pixel 7 baharu telah dilancarkan. Dikuasakan oleh pemprosesan serba baharu Google Tensor G2, siri baharu ini masih lagi meneruskan tradisi menawarkan dua model melalui Pixel 7 dan Pixel 7 Pro.

Seperti yang anda sedia maklum, salah satu kelebihan varian Pro berbanding standard terletak pada skrinnya yang lebih besar. Ia hadir dengan skrin OLED LTPO 6.7-inci beresolusi natif QHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Manakala model standard Pixel 7 pula menampilkan paparan OLED Full HD+ 6.3-inci dengan kadar penyegaran semula boleh laras sehingga 90Hz. Skrin dan permukaan belakang kedua-dua model telefon pintar 5G ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.Google Pixel 7

Apa yang menarik untuk diperhatikan, model Pro ini mempinyai bingkai aluminium berkilat dengan model standard pula hadir dengan kemasan matte pada bingkai aluminium pada sisinya. Google juga menyediakan Pixel 7 Pro dengan lebih  LPDDR5 RAM sebanyak 12GB berbanding RAM 8GB sahaja pada Pixel 7 standard.Google Pixel 7 Pro Camera

Hadir dengan sistem operasi Android 13, kedua-dua telefon pintar ini menampilkan kamera utama 50MP PD Quad Bayer sama yang juga mempunyai lensa f/1.85, autofokus laser, dan penstabil imej optikal dan elektronik. Turut disediakan kamera ultralebar 12MP f/2.2 yang menawarkan kelebihan autofokus pada model Pro.Google Pixel Camera

Google Pixel 7 Pro ini juga mempunyai kamera telefoto tambahan 48MP Quad Bayer PD yang mempunyai zum optikal 5x dan Super Res Zoom 30x. Kedua-dua peranti ini menggunakan kamera hadapan yang sama 10.8MP f/2.2 fokus tetap.

Kelebihan kapasiti bateri juga disediakan pada model Pro melalui bateri berkapasiti 5,000mAh berbanding 4,335mAh pada Pixel 7 standard. Untuk pengecasan, telefon pintar baharu dari Google ini mampu menyokong pengecasan berwayar sehingga 23W dan nirwayar sehingga 21W.

Setakat ini Google masih lagi belum memilih untuk memasarkan secara rasmi peranti Pixel dan lain-lain produk keluarannya di Malaysia. Buat masa ini anda yang berminat mungkin boleh mendapatkannya terus dari kedai rasmi Pixel.Google Pixel 7 Series

Harga Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro

Di Amerika Syarikat, Pixel 7 dengan storan 128GB berharga USD599 (~RM2,777), manakala versi 256GB pula berharga USD699 (~RM3,241). Harga untuk Pixel 7 Pro bermula dari USD899 (~RM4,168) untuk varian 128GB, dengan pilihan 256GB dan 512GB pula masing-masing disenaraikan pada harga USD999 (~RM4,632) dan USD1,099 (~RM5,095).

Bagi anda yang ingin tahu harga siri Pixel 7 di Singapura memandangkan sana merupakan pasaran paling hampir dengan Malaysia, Pixel 7 128 berharga SGD999 (~RM3,243). Untuk versi 256GB pula harganya adalah SGD1,129 (~RM3,665).

Walaubagaimanapun, Google tidak memasarkan varian 512GB Pixel 7 Pro di Singapura. Hanya versi 128GB yang berharga SGD1,299 (~RM4,217) dan versi 256GB berharga SGD1,449 (~RM4,703) dijual.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.