Utama Mobile Aplikasi Belanjawan 2023: Kredit Dompet Digital RM100 untuk M40, RM200 untuk Pelajar, Belia...

Belanjawan 2023: Kredit Dompet Digital RM100 untuk M40, RM200 untuk Pelajar, Belia 18-20 tahun diberikan Kerajaan

730
0
e-Pemula M40 RM100 e-Wallet Belanjawan 2023

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif e-Pemula M40 yang memberikan kredit dompet digital sebanyak RM100 untuk dibelanjakan melalui perkhidmatan-perkhidmatan seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.

Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau turut menyatakan peruntukkan sebanyak RM800 juta.

Inisiatif e-Pemula M40 ini akan melibatkan golongan M40 dengan pendapatan kurang dari RM100,000 dalam setahun. Seramai kira-kira 8 juta penerima dijangka bakal menerima manfaat dalam bentuk kredit dompet digital percuma bernilai RM100.

e-Pemula untuk Belia dan Pelajar

Selain pemberian kredit kepada golongan M40, pemberian kepada golongan pelajar dan belia berusia 18 hingga 20 tahun juga telah ditingkatkan kepada RM200. Sebagai perbandingan, penerima program e-Pemula pada tahun ini menerima sebanyak RM150.

Penerima dari kategori pelajar juga disediakan untuk individu berusia 21 tahun dan ke atas yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di mana-mana institusi pendidikan tempatan. e-Pemula student belia RM200 e-Wallet Belanjawan 2023

Berbanding peruntukan yang disediakan pada tahun lepas untuk program ini yang menelan belanja sebanyak RM300 juta, kos pada tahun ini pula akan diperuntukan sebanyak RM400 juta untuk ePemula 2023 yang melibatkan penerima seramai 2 juta.

Perincian lanjut mengenai kaedah penawaran kredit dompet digital e-Pemula ini dijangka akan diumumkan sekitar tarikh pelaksanaannya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.