Utama Google Google secara rasminya melancarkan Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9...

Google secara rasminya melancarkan Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL

115
0

Google secara rasminya telah mengumumkan siri telefon pintar yang dinanti-nantikan oleh sebahagian peminatnya, siri Pixel 9 di dalam ucaptama acara Made by Google. Ketiga-tiga variannya – Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL dikuasakan oleh pemprosesan Google Tensor terkini, sistem operasi Android, Gemini Nano AI terbina dalam dan banyak lagi.

Model-model baharu yang diperkenalkan ini juga menampilkan reka bentuk baharu dengan bingkai kelilingnya yang rata. Panel belakangnya juga diberikan kemasan metalik dan bonggol kamera berbentuk pil. Selain rekabentuk yang sama, model-model ini juga mempunyai persamaan dari segi:

  • pemprosesan Google Tensor G4 baharu
  • pemprosesan keselamatan bersama Titan M2
  • Android 14
  • pengimbas cap jari ultrasonik bawah paparan
  • pembesar suara stereo
  • pelindungan kaca Corning Gorilla Victus 2
  • penarafan kerintangan air dan debu IP68
  • sokongan panggilan satelit untuk kecemasan

Google Pixel 9

Google Pixel 9 menawarkan paparan OLED 6.3-inci dengan resolusi 1080 x 2424 piksel dengan kadar penyegaran semula adaptif 120Hz, sokongan HDR, kedalaman penuh 24-bit untuk 16 juta warna dan kecerahan puncak 2,700 nits. Model ini didatangkan dengan RAM 12GB, bersama-sama pilihan storan 128GB atau 256GB. Ia menggunakan bateri berkapasiti 4,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W melalui port USB-C, pengecasan nirwayar pantas dan perkongsian bateri.

Dari segi pengimejannya, pada belakangnya disediakan dwi-kamera yang mengandungi sensor utama Octa PD 50MP dengan Super Res Zoom 8x, dan ultra-lebar Quad PD 48MP. Di hadapannya pada bahagian paparan berpenebuk lubang sebelah atasnya ditempatkan kamera Dual PD 10.5MP.

Google Pixel 9 Pro

Seterusnya, Google Pixel 9 Pro yang sama saiz paparannya 6.3-inci dengan model standard dibezakan dari segi resolusinya yang lebih tinggi pada 1280 x 2856 pixel. Paparannya ini juga menyokong kadar penyegaran semula 120Hz, HDR, kedalaman penuh 24-bit untuk 16 juta warna dan kecerahan puncak 3,000 nits.

Dari segi memorinya, model ini diatangkan dengan RAM 16GB dan pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB atau 1TB. Kapasiti baterinya sama dengan model standard pada 4,700mAh, dengan sokongan pengecasan 45W melalui port USB-C, pengecasan nirwayar dan juga perkongsian bateri.

Model Pro ini juga hadir melalui tetapan tri-kamera pada bahagian belakangnya dengan dua daripadanya merupakan kamera yang sama terdapat pada model standard. Bezanya, model Pro mempunyai satu lagi kamera iaitu telefoto Quad PD 48MP dengan zum optikal 5x. Kamera hadapannya yang boleh digunakan untuk swafoto pula hadir dalam bentuk sensor Dual PD 42MP.

Google Pixel 9 Pro XL

Akhir sekali, Pixel 9 Pro XL yang sesuai dengan namanya mempunyai skrin yang lebih besar pada 6.8-inci dengan resolusi 1344 x 2992 piksel. Kapasiti baterinya juga lebih besar dengan saiz 5,060mAh. Lain-lain spesifikasinya sama sahaja dengan model Pro seperti pengecasan pantas, tetapan kamera dan sebagainya.

Ketiga-tiga model Pixel 9 ini ditawarkan di dalam pilihan warna Peony (pink), Wintergreen, Porcelain, dan Obsidian. Google menjanjikan untuk memberikan sokongan kemaskini sistem operasi, keselamatan dan Pixel Drop untuk tempoh selama tujuh tahun.

Telefon pintar Google Pixel 9 dijual pada RM3,999 untuk konfigurasi 128GB dan RM4,499 untuk 256GB. Manakala Pixel 9 Pro XL berharga RM5,699 untuk 128GB, RM6,199 untuk 256GB, RM6,799 untuk 512GB, dan RM7,999 untuk 1TB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.