Utama Google Google Gemini yang dipertingkatkan dilancarkan secara rasminya; Mampu melaksanakan Fungsi ‘Assistant’

Google Gemini yang dipertingkatkan dilancarkan secara rasminya; Mampu melaksanakan Fungsi ‘Assistant’

63
0

Sebagaimana yang diumumkan di dalam acara penstriman langsung Made by Google, gergasi carian internet utama dunia ini telah mengumumkan pelancaran Gemini yang diperbaharui. Antara pembaharuan yang diperkenalkan padanya termasuklah semua fungsi-fungsi yang mampu dilakukan oleh Google Assistant.

Hasilnya kini, Google Gemini boleh digunakan secara terus bersekali dengan aplikasi atau paparan yang sedang dibuka, tanpa perlu membukanya secara berasingan pada aplikasinya sendiri. Cara menggunakannya mirip dengan penggunaan ciri Circle to Search yang diperkenalkan pada Galaxy S24 sebelum ini melalui platform Galaxy AI.

Anda boleh bertanyakan melalui Google Gemini pada peranti anda tanpa kehilangan konteks semasa ia sedang digunakan. Imej-imej juga boleh dijana dan digunakan untuk dimasukkan ke dalam aplikasi lain yang sedang dibuka, seperti Gmail atau Google Messages.

Bagaimanapun, fungsi ini tidak boleh digunakan pada semua aplikasi-aplikasi Google yang lain buat masa ini. Sokongan untuk menggunakannya pada aplikasi seperti Calendar, Tasks, Keep dan Utilities dikatakan akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kesemua fungsi sokongan berasaskan kecerdasan buatan (AI) generatif ini menggunakan model Gemini Nano AI yang kebanyakannnya dilaksanakan secara terus pada peranti pengguna.

Dalam pada masa yang sama, Google Gemini Live yang membolehkan anda berborak dengannya turut diperkenalkan. Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu melanggan Gemini Advanced dan setakat ini harga langganannya belum diumumkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.