Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi bekerjasama dengan Time tawarkan Jalur Lebar Fiber dengan Muat Naik Berkelajuan...

CelcomDigi bekerjasama dengan Time tawarkan Jalur Lebar Fiber dengan Muat Naik Berkelajuan Simetri

241
0
CelcomDigi kerjasama Time

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Time dotCom (TIme) telah mengumumkan kerjasama untuk menyediakan lebih pilihan jalur lebar fiber rumah di seluruh Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, CelcomDigi dapat memanfaatkan kelebihan infrastruktur jalur lebar fiber Time dalam memperluaskan penawarannya kepada lebih ramai penduduk di Malaysia terutamanya bagi yang tinggal di kondominium dan apartment.

Pelanggan CelcomDigi boleh menikmati internet jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps menerusi rangkaian laluan naik dan laluan menurun bersimetri oleh Time.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan, kerjasama ini membolehkan CelcomDigi menawarkan perkhidmatan internet kepada pengguna pada kos yang lebih efektif, sejajar dengan hasrat pendigitalan Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Albern Murty menyatakan kerjasama dengan Time ini merupakan permulaan yang baik buat CelcomDigi memperluaskan ketersambungan rangkaiannya. Tambah beliau, “Para pelanggan kami kini boleh mendapatkan perkhidmatan pada harga berpatutan untuk keperluan Internet dan gaya hidup. Di masa akan datang, terdapat lebih banyak inisiatif masa depan yang akan memanfaatkan rakyat Malaysia daripada perkongsian strategik kami dengan Time.”

Mengulas lanjut mengenai kerjasama ini, Pengarah Eksekutif Time Datuk Zainal Amanshah menyatakan, “Kami telah menyediakan akses kepada rangkaian berkelajuan giga daru Time kepada penyedia perkhidmatan Internet buat masa ini dan kami berbesar hati untuk menyokong dalam menyampaikan sambungan Internet yang pantas dan konsisten kepada pelanggan CelcomDigi. Kami yakin Internet berkelajuan giga ini perlu disediakan kepada seramai yang boleh untuk rakyat Malaysia dan kami terus memperluaskan liputan kami ke seluruh Malaysia untuk tujuan tersebut.”

Sebelum penggabungan CelcomDigi, Digi telah pun menandatangani kerjasama untuk menggunakan infrastruktur jalur lebar fiber Time yang sedia ada. Selain itu, Digi juga membuat perjanjian kerjasama dengan rangkaian HSBB dari TM dan juga Allo dari TNB.

CelcomDigi juga baru-baru ini telah memperkenalkan harga jalur lebar fiber rumah yang dilihat lebih sepadan dengan penawaran yang diberikan oleh TM Unifi. Harga internet CelcomDigi kini ditawarkan pada harga serendah RM99/bulan untuk kelajuan 100Mbps. Pelanggan pascabayar CelcomDigi yang layak juga boleh menikmati rebat apabila menambah pelan jalur lebar fiber rumah ke dalam langganan sedia ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.