Utama Apple Apple dilaporkan akan melancarkan iPad baharu dalam Minggu ini

Apple dilaporkan akan melancarkan iPad baharu dalam Minggu ini

133
0
iPad Air 5

September lalu, Mark Gurman dari Bloomberg menyatakan Apple berkemungkinan akan memperkenalkan lagi produk-produk baharunya. Kini, terdapat laporan yang mengatakan sebuah produk baharu akan diperkenalkan seawal 17 Oktober 2023.

Menurut laman web Supercharged dan 9to5Mac, Apple akan melancarkan iPad Air, iPad Mini dan model standard iPad.

Kedua-dua sumber berkenaan juga yakin tablet Apple baharu ini akan dilengkapkan dengan cip baharu, namun mengekalkan ciri rekaan dari generasi sebelumnya. iPad Air dijangka akan menampilkan cip Apple M2, manakala iPad Mini pula akan menggunakan cip A16 Bionic.

Isu yang dikenali sebagai “jelly scrolling” pada tablet yang menggunakan cip A16 Bionic juga dikatakan telah diselesaikan melalui pengawal paparan baharu.

Dalam pada masa yang sama, tidak dapat dipastikan cip apa yang akan digunakan pada iPad model standard sungguhpun terdapat kemungkinan menggunakan A16 Bionic.

Sumber-sumber yang sama juga menyebut Apple tidak akan memperkenalkan iPad Pro yang baharu. Kemungkinan besar iPad Pro akan diperkenalkan pada tahun hadapan dan dijangka akan menampilkan skrin OLED.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.