Utama Android Samsung Samsung Galaxy A05 kini mula dijual di Malaysia; Berharga RM649

Samsung Galaxy A05 kini mula dijual di Malaysia; Berharga RM649

540
0

Tidak lama selepas memperkenalkan Galaxy A05s pada awal bulan ini, Samsung turut memperkenalkan Galaxy A05 di pasaran Malaysia. Telefon pintar versi yang lebih mampu milik ini hadir dengan satu konfigurasi dan tiga pilihan warna iaitu light green, black, dan silver.

Galaxy A05 menampilkan skrin LCD PLS 720p 6.6-inci dengan pemprosesan Mediatek Helio G85. Ia bergandingan dengan RAM 6GB dan juga storan dalaman 128GB dan slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Untuk ketersambungannya pula, ia menyediakan 4G LTE, Wi-Fi 5, dan Bluetooth 5.3 dan juga bicu audio 3.5mm.

Pada belakang telefon pintar ini disediakan kamera utama 50MP yang menyokong zum digital 10x dan disokong oleh kamera berkedalaman 2MP. Di sebelah hadapannya disediakan kamera 8MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang turut menyediakan sokongan pengecasan secara berwayar 25W.

Harga Samsung Galaxy A05 di Malaysia

Galaxy A05 dijual pada harga RM649 dengan pilihan warna light green, black, dan silver. Bersempena pengenalannnya, Samsung menawarkan promosi waranti lanjutan percuma bermula dari sekarang sehingga 30 Oktober 2023. Turut ditawarkan rebat belian semula RM100 dan ansuran bulanan serendah RM18 sebulan.

  • Samsung Galaxy A05; RAM 6GB, storan 128GB – RM649

Maklumat lanjut layari Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.