Utama Mobile Aplikasi Bajet 2022: Belia akan terima kredit e-Wallet RM150 melalui Program eStart

Bajet 2022: Belia akan terima kredit e-Wallet RM150 melalui Program eStart

823
0

Kerajaan telah mengumumkan sebuah lagi program e-wallet untuk belia melalui program e-Start menerusi pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini. Inisiatif akan menerima peruntukan sebanyak RM300 juta melibatkan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak. Setakat ini masih belum dinyatakan perkhidmatan e-wallet mana yang akan menyertai program kali ini. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz, program ini bakal memberikan manfaat kepada sejumlah 2 juta belia di seluruh negara.

Ini merupakan agihan kali keempat menerusi program seumpama ini, lanjutan dari agihan kredit eBelia RM150 eBelia RM150 pada tahun lalu, dan juga kredit ePenjana RM50 ePenjana RM50 pada 2020. Kredit tunai e-wallet pertama kali telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan menerusi program e-Tunai Rakyat RM30 e-Tunai Rakyat RM30 kepada seluruh individu RM30 berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Perincian lanjut mengenai program eStart ini bagaimanapun tidak dinyatakan ketika sesi pembentangan Bajet 2022. Dijangkakan maklumat mengenainyai akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.