Kredit eWallet RM 150 untuk program eBelia kini boleh ditebus bermula dari hari ini, 1 Jun 2021. Program ini terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 hingga 20 tahun atau yang sedang mengikuti sesi pembelajaran sepenuh masa di pusat pengajian tinggi yang berdaftar.

Selain diberikan kredit eWallet RM 150, penyedia perkhidmatan eWallet seperti ShopeePay, TNG eWallet, Boost dan BigPay turut menyediakan ganjaran tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai dan sebagainya.

Belia-belia yang layak hanya dibenarkan untuk menebus salah satu dari keempat-keempat penyedia perkhidmatan eWallet yang menyertai program ini. Anda yang layak boleh menebus kredit ini sebelum 22 Julai 2021 dan perlu menggunakannya sebelum 31 Julai 2021.

ShopeePay

ShopeePay merupakan satu perkhidmatan eWallet yang diintegrasikan dengan aplikasi perdagangan dalam talian, Shopee. Menerusi program eBelia, selain menerima kredit RM 150, Shopee Pay turut menawarkan baucar bernilai RM 500 bersama-sama tambahan ekstra baucar RM 55 bagi 140,000 orang pertama yang berjaya menebus kredit eBelia.

Baucar bernilai RM 500 berkenaan mengandungi 6x baucar penghantaran percuma (bernilai RM 60), 8x baucar pulangan tunai Coin (bernilai RM40), 10x baucar Shopee Mall Brand (bernilai RM 50) dan 1x kad SIM Yes percuma dengan data percuma 40GB (bernilai RM 50).

Bagi anda yang berjaya menjadi antara 140,000 individu pertama yang membuat tuntuan kredit eBelia melalui Shopee, anda akan menerima 11 baucar ShopeePay bernilai RM55 untuk jenama-jenama di dalam Shopee. Antara jenama berkenaan adalah Starbucks, FamilyMart, KFC, Mr. DIY, Caltex, Pizzahut dan NinjaZ.

Muat turun Shopee di iOS, Android dan Huawei

Touch ‘n Go eWalllet

Touch ‘n Go eWalllet pula menawarkan baucar bonus bernilai sehingga RM 1,000, selain dari kredit eBelia RM 150. Tawaran ini merangkumi baucar Lazada bernilai sehingga RM 600 dan sehingga RM 400 bagi baucar pulangan tunai.

Kredit eBelia ini turut boleh digunakan pada pembayaran tol RFID. Namun tidak dibenarkan untuk transaksi bayaran ke luar negara melalui Taobao dan Alipay+. Selain itu, kredit ini juga tidak boleh digunakan untuk pemindahan tunai, melabur di GO+ atau apa-apa perkhidmatan di dalam aplikasi seperti pembayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit permainan.

Muat turun Touch ‘n Go eWallet di iOSAndroidHuawei

Boost

Boost menawarkan sejumlah ganjaran menerusi program eBelia dengan ganjaran bernilai sehingga RM 300 dengan peluang untuk menenangi hadiah bernilai lebih dari RM 50,000.

Ganjaran tambahan ini boleh ditebus menerusi bahagian eBelia Rewards dan anda boleh memilih beberapa tawaran dari kategori makanan & minuman, telekomunikasi, fesyen dan gaya hidup.

Selain itu, anda berpeluang memenangi hadian tambahan seperti Syiling Emas Peringatan bernilai RM 29,000. Lain-lain hadiah yang boleh direbut termasuklah laptop permainan komputer MSI GF63 15.6″, iPad Pro 11″ 128GB, Harman Kardon Aura Studio 3 dan Dyson Supersonic Hair Dryer.

Muat turun Boost di iOSAndroidHuawei

BigPay

Tidak seperti penyedia eWallet lain, BigPay hadir bersama-sama kad prabayar Mastercard fizikal dengan PayPass. Ianya membolehkan anda membayar di mana-mana peniaga yang menyediakan terminal bayaran kad kredit.

Selain boleh menebus kredit eBelia RM 150 menerusinya, BigPay turut menawarkan ganjaran tambahan bernilai RM 100. Merangkumi baucar bernilai RM 20 untuk penghantaran AirAsia (Makanan, barangan segar, dan kecantikan), RM 40 untuk baucar penerbangan AirAsia dan baucar bernilai RM 40 untuk kombo SNAP (tawaran penerbangan dan hotel AirAsia).

Muat turun BigPay di iOSAndroid

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.